,
Berita

Puteh Di Zon Bahaya, Taman Agak Perlahan

Elrafaei Sapi
18/12/2018
09:40 MYT
Penyingkiran peserta Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) iaitu Dany Beler pada minggu ketujuh lalu seperti sudah dijangka kerana hanya dia saja peserta solo yang masih tinggal.
Ketua Juri, Douglas Lim berkata, Dany selalu berdepan halangan dalam membuat persembahan secara solo di pentas MLM 2018.
"Susah sebab dia tiada peminat di sini lagipun dia buat 'stand up' seorang diri. Dia punya pemerhatian mungkin lain daripada apa yang kita harapkan," katanya kepada Astro Gempak.
Jelasnya, Dany masih belum dapat menyesuaikan lawaknya dalam program ini.
"Dia perlu membuat tekaan yang tepat apakah pandangan orang luar terhadapnya.
"Dany belum dapat cari lagi apa yang orang fikir padanya. Dia tak boleh baca apa yang penonton nak," katanya.
Mengambil pengajaran daripada persembahan Dany, Douglas juga menyatakan kebimbangan pada nasib kumpulan Puteh yang dinilai berada dalam zon bahaya.
"Saya juga rasa persembahan kumpulan Taman macam perlahan skit. Saya risau sebab saya ada harapan yang tinggi pada mereka," katanya.
Jangan lupa menonton MLM 2018 setiap Jumaat jam 9 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan On Demand.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Astro Gempak
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ali Puteh Langsai Hutang Hidayah, Harap Tiada Isu Berbangkit! - "Mohon Maaf Lambat Bayar Sebab..."

gempak
03/03/2024
02:00 MYT
Pelawak, Ali Puteh akhirnya selesai melangsaikan hutangnya kepada balu Allahyarham Abam, Nor Hidayah Hamzah yang berjumlah sebanyak RM 72,4990.
Viral

Warga Asing Jadikan Taman Permainan Tempat Tidur Buat Netizen Risau Keselamatan Kanak-Kanak

gempak
04/01/2024
03:55 MYT
Harap tindakan segera diambil
Maharaja Lawak Mega 2021

#MLM2021ApeCiter: Impian Bell Ngasri Jadi Kenyataan, Puteh Tak Boleh Tahan Sebak

gempak
13/12/2021
12:15 MYT
Tak sabar nak tunggu Jumaat ni!
Hiburan

"Dengar Sampai Habis & Jelas Apa Maklumat Yang Disampaikan" - Nourul Depp Tempelak Netizen Yang Dakwa Dia Tak Ikut Perintah Kerajaan Masa PKPB

gempak
02/06/2020
06:58 MYT
Maharaja Lawak Mega 2019

“Puteh Memang Layak Bawa Balik RM500,000!” – Ramai Setuju Puteh Menang Termasuk Selebiriti

gempak
11/01/2020
07:43 MYT