,
Berita

Pengarah Gol & Gincu Vol. 2 Dedah Ummi Nazeera Menangis Dalam Kereta Ketika Penggambaran Kerana...

Syafiqah Jalal
29/10/2018
10:13 MYT
Pengarah filem Gol & Gincu Vol. 2, Umi Salwana mendedahkan pelakon Ummi Nazeera menghadapi cabaran yang agak banyak ketika penggambaran.
Cabaran utama Ummi adalah apabila banyak melakukan babak mengayuh basikal sehingga dia hampir putus asa kerana terlalu penat.
“Babak mengayuh basikal banyak memberi cabaran kepada Ummi Nazeera kerana perjalanannya agak jauh dari turun bukit hingga naik bukit.
“Sampai satu masa tu, dia hingga menangis seorang di dalam kereta dan mengadu sangat penat.
“Tapi pujian harus diberikan kepadanya, macam mana penat sekalipun babak mengayuh basikal itu dilakukan dengan sangat baik,” katanya.
Umi mendedahkan perkara tersebut ketika temu bual di sebalik tabir filem GG2 tersebut.
*ig embed
Filem arahan sulung Umi Salwana Omar itu turut dibarisi pelakon utamanya Diana Danielle dan Ummi Nazeera serta pelakon asalnya Sazzy Falak serta Sharifah Amani dan pelakon baharu lain seperti Syafiq Kyle dan Aedy Ashraf dan
Terdapat juga wajah baru lain seperti Jad Hidhir, Intan Serah, Tiara Anchant, Nik Nasuhan, Annabel Michael, Grace Ng dan Iezahdiyana Alaudin.
Astro Gempak akan menjadi hos kepada laman web rasmi GG2 di mana penonton yang belum berpeluang menonton filem asal yang dihasilkan pada tahun 2005 dapat menyaksikan dan mengetahui lebih lanjut mengenai barisan pelakon, kisah di sebalik tabir dan pelbagai promosi hebat GG2.
GG2 mengisahkan tentang Zak (Diana Danielle) dan Yaya (Ummi Nazeera) pelajar yang memiliki nama asal yang sama iaitu Zakiah tetapi personaliti yang jauh berbeza.
Akibat tercetusnya pergaduhan mereka di khalayak ramai sehingga tular di media sosial, mereka elah dikenakan tindakan disipilin untuk melakukan kerja amal.
Zak dan Yaya memilih untuk melakukan kerja amal di rumah remaja bermasalah yang dikenadlikan oleh Jijie (Sharifah Amani). Pelbagai konflik berlaku ketika mereka cuba membantu Jijie dan gadis-gadis tersebut.
Karya terbitan Red Films itu bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia sejak 25 Oktober lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.