,
berita

Pelakon Menang Super Spontan, Kredibiliti Pelawak Tidak Tercalar - Achey

Kamaruddin Razal
30/10/2017
11:14 MYT
Pelawak Achey dari kumpulan Bocey menafikan kredibiliti pelawak tercalar selepas kemenangan pelakon Kamal Adli dalam pertandingan Super Spontan Superstar 2017 (SSS2017).
“Saya rasa tak tercalar, malah perkara ini tak seharusnya dijadikan isu pun. Jika dilihat kembali sejarah fraincais Spontan itu sendiri, ramai pelakon yang terlibat.
“Pada awal kewujudan Spontan sebelum siri pertandingan Super Spontan, ramai pelakon berbakat seperti Allahyarham Harun Salim Bachik dan Khir Rahman terlibat dengan Spontan.
“Selepas itu baru ada pelawak. Spontan merupakan campuran antara pelawak dan pelakon. Apabila wujudnya Super Spontan, barulah pelawak memonopoli. Jadi tak timbul isu mengenai kredibiliti dan sebagainya,” kata Achey kepada Astro Gempak.
Tambah Achey, mana-mana individu yang berkeyakinan dan mempunyai kebolehan untuk beraksi spontan boleh menyertai Super Spontan.
“Saya rasakan kehadiran pelakon memberikan lebih warna kepada program Super Spontan. Sesiapa sahaja boleh menyertai Super Spontan asalkan mereka mempunyai keberanian untuk beraksi spontan.
“Mana tahu untuk edisi seterusnya, ada lebih ramai individu lain seperti penyanyi atau ahli sukan dapat menyertai Super Spontan,” katanya lagi.
Kamal menepati ramalan apabila diumumkan sebagai juara Super Spontan Superstar 2017 (SSS2017).
Kamal yang merupakan anggota kumpulan King Musang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000 dan trofi.
Manakala gelaran naib johan menjadi milik Fad Bocey sekaligus memenangi wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.
Sementara itu, Achey menduduki tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai RM25,000 beserta trofi.
Teks oleh: Kamaruddin Razal Foto: Instagram @acheykintangkintung
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Terjatuh Motosikal Ketika Mencari Durian, Achey Patah Tangan Kiri - “Tokey Durian Tak Sempat Jual Durian”

gempak
18/07/2021
12:12 MYT
Semoga cepat sembuh.
Laman Utama

“Kuncinya Syukur Dengan Dugaan” - 10 Tahun Achey Tunggu Untuk...

gempak
09/08/2020
12:58 MYT
10 tahun tu lama ya, berkat usaha akhirnya dapat.
Hiburan

"Walaupun Terpaksa Menunggu 10 Tahun..." - Achey Beli Rumah Tiga Tingkat

gempak
23/07/2020
07:26 MYT
Hiburan

Achey Bawa Isteri Ke Mana-Mana, Dalam Video Klip Lagu Raya Pun Bawa Juga!

gempak
18/05/2020
10:24 MYT
Berita

“Kami Mewakili Penggiat Seni Yang…”- Achey Pertahankan Hak Anak Seni

gempak
28/03/2020
03:09 MYT