,
Berita

Munir & Beego Datang Surprise Billy Zulkarnain, Peminat Cadang Phyne Ballerz Bersatu Buat Konsert

Amri Hassan
08/10/2018
11:48 MYT
Diam diam, anggota kumpulan Phyne Ballerz, Munir dan Beego datang membuat kejutan kepada duo Billy Zulkarnain di belakang pentas konsert kedua Gegar Vaganza 5 (GV5) malam tadi.
Menerusi kemaskini akaun Instagram Zulkarnain, kehadiran Beego dan Munir mengubat kerinduan dan mengimbas nostalgia mereka ketika bersama Phyne Ballerz.
"Phyne Ballerz brothers in the house! What a treat. Thank you Munir dan Beego for the surprise! Love you both brothers," tulis Zulkarnain bersama sekeping foto mereka berempat.
Perkongsian itu mencetuskan impian peminat untuk melihat keempat-empat anggota kumpulan Phyne Ballerz itu berkongsi pentas mengadakan persembahan bersama.
Malah, ada yang merayu Phyne Ballerz mengadakan konsert reunion.
"Alahai, terubat rindu tengok Munir dan Beego," tulis @miera_shim.
"Kembali bersatu please," tamba @faizulazmirizely.
"Bergabunglah semula, rindu era-era Monte Carlo, Kawan Makan Kawan, Hasrat itu semua... Dah tandus dah group vokal lelaki kat Malaysia sekarang," rayu @raindrisz.
"Alang-alang dah berkumpul semua ni, buatlah video nyanyi lagu Jangan Pisahkan," cadang @nabilah.farhanahhh.
"Harap kumpulan Phyne Ballerz nyanyi dan bersatu balik, buat konsert macam Ruffedge," tambah @btsitinorbaieyah.
Phyne Ballerz pernah tampil dengan tiga album studio iaitu Monte Carlo (2002), Phyne Ballerz (2003) dan Billy Zulkarnain (2005).
Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh disaksikan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9malam.
Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Tak Pernah Berseorangan, Nine GV5 Kini Nekad Gerak Solo! - "Saya Gembira Perkenalkan Nama Saya Kepada..."

gempak
24/06/2023
12:37 MYT
Tiada lagi Phyne Ballerz atau Billy Zulkarnain?
Laman Utama

“Orang Kata Kak Long Muka-Muka Tak Sesuai Dangdut” – Amelina Rindu Nak Buat Persembahan

gempak
22/10/2021
07:32 MYT
Rindu pula nak tengok Kak Long perform!
Berita

Kembali Menjadi Isteri, Noryn Aziz; "Alhamdulillah"

gempak
14/10/2020
03:15 MYT
Noryn Aziz dilaporkan telah menikah semalam
Berita

Noryn Aziz Selamat Menikah?

gempak
13/10/2020
16:13 MYT
Berita

Billy Gerak Solo Tinggalkan Zulkarnain

gempak
03/07/2020
10:06 MYT