,
Berita

"Mula-Mula Memang Nervous..." - Jad Hidir Kongsi Pengalaman Bintangi Gol & Gincu 2

Asraf Aided
19/10/2018
09:02 MYT
Pelakon baru yang sedang mencipta nama, Jad Hidir menceritakan pengalaman tentang penglibatannya dalam filem Gol & Gincu 2 (GG2).
Menurut Jad, GG2 merupakan filem lakonan pertamanya dan dia berasa teruja untuk melihat penerimaan orang ramai terhadap filem ini.
"Ini merupakan filem pertama lakonan saya, sebelum ini saya pernah muncul dalam siri drama TV dan aktif membuat pementasan teater.
"Pada mulanya, saya berasa agak 'nervous' untuk bekerjasama bersama barisan pelakon hebat seperti Diana Danielle, Sharifah Amani, Syafiq Kyle dan ramai lagi.
"Tetapi, lama kelamaan perasaan gementar itu hilang setelah kami kerap duduk bersama terutama ketika waktu makan, mereka semua telah memberi sokongan dan kerjasama yang sangat baik kepada kami (barisan pelakon baru dalam GG2).
"Saya berharap filem ini mendapat sambutan yang baik dari orang ramai memandangkan filem ini sudah digemari ramai sejak Gol & Gincu pertama yang dikeluarkan 13 tahun lalu," ujarnya.
Jad berkata demikian ketika ditemui di Tayangan Media Gol & Gincu 2 bertempat di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur pada Rabu lalu.
Jad telah bergandingan bersama Syafiq Kyle dan Aedy Ashraf memegang watak sebagai pelajar kolej yang dilabel sebagai 'abang-abang bawang'.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan GG2, ia bakal ditayangkan di pawagam bermula 25 Oktober ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Pengarah Gol & Gincu Vol. 2 Dedah Ummi Nazeera Menangis Dalam Kereta Ketika Penggambaran Kerana...

gempak
29/10/2018
10:13 MYT
Berita

“Tak Tahulah Betapa Penatnya Ketawa!Kena Repeat Lagi...” Respon Positif Peminat Lepas Tonton Gol & Gincu Vol. 2

gempak
26/10/2018
06:06 MYT
Berita

5 Sebab WAJIB Tonton Gol & Gincu Vol. 2!

gempak
25/10/2018
10:32 MYT
gol-gincu-2

"Alhamdulillah, Tiada Cabaran Kali Ini..." - Sharifah Amani

gempak
23/10/2018
08:20 MYT
Berita

[VIDEO] Kenapa Aedy Ashraf Masuk Asrama Wanita?

gempak
22/10/2018
11:06 MYT
Unitar