Berita
Lapan Peserta MLM 2018 Masih Berjuang, Hilmy Ashley Bawa Lari KFC Spicy Gochujang
Masuk minggu kelapan pada malam ini sudah tentu memberikan cabaran pada 8 peserta program Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) untuk mengekalkan kedudukan masing-masing.
Pada minggu lalu, kumpulan Masin yang pernah mendapat undian terendah turut menunjukkan peningkatan dalam persembahan.
Ketua Juri, Douglas Lim juga terhibur dengan persembahan Chilok meskipun tidak faham apa yang diperkatakan anggota kumpulan itu ketika beraksi.
"Persembahan sangat bagus, ramai yang ketawa, ada percubaan lawak bertubi-tubi, final twist dia mungkin lawak dibawa dari minggu ketiga atau keempat yang terlalu jauh tapi tak kisah sebab semua terhibur," katanya yang memberikan 4 'ha' pada kumpulan itu.
Sambil berhibur dengan persembahan peserta-peserta MLM 2018, KFC Spicy Gochujang juga berkongsi dengan penonton kenakan menu baru ini yang membawa tagline 'Inilah rasa Korea yang memikat hati'.
Pada setiap minggu, dalam segmen KFC Spicy Gochujang menyaksikan pengacara Datuk AC Mizal bersama peserta-peserta MLM 2018 menjamah KFC Spicy Gochujang yang begitu menyelerakan.
Menariknya, penonton dan peminat MLM 2018 berpeluang menonton segmen Parody Maharaja Lawak Mega menerusi www.maharajalawakmega.com.my yang memaparkan pelbagai video yang menghiburkan.
Dalam episod Tergantung Rindu, menyaksikan aksi komedi peserta MLM 2018, Hilmy Ashley bersama pelakon Azza Elite yang begitu teruja menikmati KFC Spicy Gochujang sehingga Hilmy yang membawakan watak bapa membawa lari KFC Spicy Gochujang lalu memujuk salah seorang 'anak' mereka dalam drama pendek itu.
Jangan lupa menonton MLM 2018 setiap Jumaat jam 9 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan On Demand.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Astro Gempak
Must-Watch Video