,
Berita

Kemelut Siapa Urus Zamani Selesai, Ini Kenyataan Rasmi Penyanyi Itu Sendiri

Amri Hassan
13/12/2018
08:08 MYT
Bintang Gegar Vaganza 5 (GV5), Zamani tampil membuat kenyataan rasmi berhubung kekeliruan pihak sebenar yang mengurus kariernya.
Jelas Zamani, kenyataan itu dibuat bagi mengelakkan salah faham pada masa hadapan.
"Terima kasih di atas sokongan dan doa-doa anda selama ini terutama sekali untuk Program Gegar Veganza 5 yang lepas.
"Di sini saya ingin membuat kenyataan rasmi berhubung beberapa perkara agar tidak timbul isu salah faham di masa hadapan.
"Semoga dengan penjelasan saya ini, segala tanda tanya dan desas desus selama ini telah terjawab," katanya menerusi kenyataan media yang dihantar oleh pengurusannya kepada Gempak.
Berikut merupakan tiga perkara yang diperhalusi Zamani menerusi kenyataan media itu:
1. Kerjaya, jadual dan pengurusan saya buat masa ini diuruskan sepenuhnya oleh ZIME Production yang diuruskan bersama-sama dengan ahli keluarga saya serta mengekalkan Aalan Ahmad selaku pengurus saya. Oleh yang demikian sebarang urusan termasuk urusan show dan lain-lain hendaklah dibuat secara terus ke ZIME Production ataupun melalui Aalan Ahmad.
2. ZIME Production juga akan mengendalikan semua perkara yang berkaitan dengan ‘merchandising’ dan tidak melantik mana-mana pihak ketiga untuk membuat, mencetak ataupun menjual apa-apa ‘merchandise’ berkaitan dengan saya.
3. Buat masa sekarang ini, pihak pengurusan sedang merancang untuk menubuhkan kelab peminat yang rasmi (Zamani Fan Club). Sebarang maklumat akan diberitahu kelak di laman sosial rasmi saya - Facebook : zamani slam official fanpage & Instagram : zamanislam_official.
Sebelum ini status pengurusan Zamani menjadi tanda tanya apabila bekas pengurusnya, Johan Aziz menyuarakan pandangan agar penyanyi itu menarik diri daripada GV5 apabila gagal menyanyi pada minggu kelima.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.
Hiburan

Pengarah Veteran Nafi Sengaja Cium Pelakon, Dakwa Hanya Tunjuk Contoh

gempak
09/09/2024
01:55 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal dari Kolkata, Bengali, Arindam Sil digantung melakukan sebarang kerja seni daripada Persatuan Penerbit Timbur India selepas menerima aduan salah laku gangguan seksual yang dibuat terhadap seorang pelakon wanita.
Hiburan

Seakan Tenang Berdepan Kontroversi, Alif Teega Sibuk Urus Perniagaan - “Fokus, Sikit Lagi Doakan..”

gempak
02/09/2024
21:55 MYT
Seperti tiada apa-apa yang berlaku, pempengaruh Alif Teega kekal tenang berkongsi aktiviti seharian selepas berita mengenai isterinya, Aisyah Hijanah yang memfailkan permohonan perceraian hangat diperkatakan di media sosial.
Hiburan

Kongsi ‘Quote’ Dengan Maksud Tersirat, Ruhainies Tujukan Dekat Siapa?

gempak
23/08/2024
03:35 MYT
Pelakon kontroversi, Ruhainies memuat naik mesej yang mempunyai maksud tersirat menerusi platform media sosialnya.