,
Berita

GV 3: Jihan Cantik Selepas Beberapa Kali Renovation - Nabil

Ahmad Shah
24/10/2016
01:31 MYT
Konsert kedua GegarVaganza 3 (GV 3) berlangsung dengan meriah malam tadi.
Sebanyak 12 orang bintang menonjolkan kebolehan masing-masing dengan menyanyikan lagu tugasan untuk minggu yang bertemakan Memori Berkasih.
Bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), GV 3 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Zarul Umbrella yang membawakan lagu asal nyanyian kumpulan Visa, Untukmu Selamanya muncul sebagai peserta yang mendapat kutipan markah tertinggi dari tiga juri profesional, Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim selaku juri tetap serta Datuk A Rahman Hassan selaku juri undangan.
Sementara itu, Razis Ismail yang menyampaikan lagu Bunga Pujaan menjadi bintang pertama yang terhenti gegarannya di pentas GV 3.
Astro Gempak menyenaraikan 10 perkara menarik yang terjadi di konsert kedua GV 3:
1. Penonton yang hadir sangat sporting. Sebelum masuk ke dalam Auditorium, mereka sudah mula menyanyikan 'cheer' untuk bintang GV 3 kegemaran mereka.
2. Seluar yang dipakai oleh Nabil agak ketat dan perkara tersebut diperkatakan oleh netizen di laman sosial. Amboi!
3. Datuk Seri Vida memohon minta maaf kerana salah faham yang terjadi pada konsert pertama minggu lalu berkenaan dengan perebutan mikrofon. Jangan percaya ya, rebut mikrofon minggu lepas tu semuanya gimik je tau!
4. Persembahan pertama bintang GV 3, Azharina menyanyikan lagu Sinaran menghangatkan Auditorium. Selain terpaku dengan persembahan Azharina, ada juga yang tergamam melihat mic stand yang digunakan Azharina. Bling bling gitu!
5. Ketika iklan disiarkan, Nabil yang sangat nakal sempat membahan rambut pengarah Michael Ang.
6. Rupa-rupanya, suami kepada penyanyi Adira, Datuk Red mempunyai ramai peminat. Kehadiran mereka mengundang perhatian penonton di Auditorium. Ketika iklan, ramai penonton di tingkat atas Auditorium menjerit nama Datuk Red!
7. Nabil beberapa kali 'dimarahi' oleh Jihan kerana dia tidak memakai ear piece.
8. Kejadian lucu berlaku semasa Rem hampir tamat menyanyikan lagu Suratan atau Kebetulan. Nabil dan Jihan sudah bersedia untuk bangun, rupanya persembahan Rem belum habis lagi. Mereka tergelak dan duduk semula!
9. Ketika iklan berlangsung sebelum segmen Ada Lagu Ada Lagi, Nabil yang memang terkenal dengan sikap nakalnya sempat membahan Jihan dengan berseloroh mengatakan Jihan cantik selepas beberapa kali renovation.
10. Ramai sungguh penyokong Elly Mazlein dalam Auditorium. Penyokong Elly tidak henti-henti menjerit nama Elly ketika segmen Ada Lagu Ada Lagi untuk memberikan semangat kepada ibu tunggal itu.
GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Konsert minggu ketiga GV 3 bakal membawa tema Ada Bran? dan 11 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.
Jika anda terlepas menonton konsert minggu GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @sharpshooter_photographer
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Paralimpik Olimpik 2024: Nabil, Azad & Radin Taja Percutian Khas Cheah Liek Hou Sempena Kemenangan Pingat Emas

gempak
04/09/2024
08:10 MYT
Penyampai 3 Pagi Era, Nabil, Azad dan Radin berbesar hati menaja percutian khas selama tiga hari dua malam kepada pemenang pingat emas Paralimpik Olimpik Paris 2024, Cheah Liek Hou selepas berjaya menumpaskan lawannya dari Indonesia.
Hiburan

The Chosen One Kembali! 16 Peserta Cilik Terbaik Seluruh Malaysia Bakal Berentap Rebut Gelaran Juara

gempak
04/09/2024
05:08 MYT
Menggegarkan industri nyanyian sehingga menjadi program realiti baharu nombor satu di Malaysia pada tahun 2023 pada musim pertamanya, Astro kini kembali memperkenalkan bakat-bakat generasi baharu dalam ‘The Chosen One 2024’ yang akan bermula pada 20 September ini, setiap hari Jumaat, jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611). Program ini turut akan
Hiburan

Jihan Muse Teruja Bakal Kendali ‘The Chosen One’ Musim 2 Bersama Haziq Hussni - “Tahun Lepas Saya Sebagai…”

gempak
04/09/2024
04:55 MYT
Program nyanyian kanak-kanak, ‘The Chosen One’ musim kedua, tampil dengan gandingan baharu dua pengacara iaitu Jihan Muse dan Haziq Hussni yang diumumkan pada petang, Selasa
Hiburan

Nabil Ahmad Teruja Jadi Anggota APMM Sertai Perbarisan Hari Kebangsaan ke 67 di Putrajaya

gempak
30/08/2024
09:55 MYT
Penyampai 3 Pagi ERA Nabil Ahmad akui teruja dan tidak menyangka dapat sertai perbarisan hari kebangsaan bersama APMM.
Viral

Guna 'Kabel' Hingga Dapat Bergambar Bersama Lee Zii Jia, Nabil Ahmad Gembira Dapat Sambut Champions Pulang

gempak
07/08/2024
12:25 MYT
Penyampai ERA, Nabil Ahmad meluahkan rasa teruja apabila hadir menyambut kepulangan wira-wira badminton negara, Lee Zii Jia dan pasangan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi Rabu.