,
berita

Ekuestrian Polo: Pasukan KJ Menentang Pasukan Putera Abdul Mateen 22 Ogos Ini

Fiza Kamarudin
18/08/2017
08:59 MYT
Tentu ramai yang dah tak sabar-sabar menanti perlawanan acara ekuestrian polo Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017) yang bakal membuka tirainya pada 22 Ogos ini.
Menerusi laporan Bernama, pasukan Malaysia bakal berdepan dengan kerabat diraja Brunei di Taman Ekuestrian, Putrajaya.
Berdasarkan senarai pasukan yang mengambil bahagian, antara tujuh pemain yang disenaraikan dalam pasukan polo Brunei, empat pemain merupakan kerabat diraja Brunei iaitu Putera Abdul Mateen Bolkiah, 26; Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah, 33; Pengiran Muda Bahar Bolkiah, 36; dan Pengiran Muda Abdul Qawi, 43.
Putera Abdul Mateen merupakan barisan keenam pemegang takhta kesultanan Brunei, dikenali ramai sebagai aktif bersukan manakala kekandanya, Azemah Ni’matul antara dua pemain polo wanita bagi acara ekuestrian polo KL2017.
Bagi pasukan Malaysia, Khairy, yang merupakan menteri pertama di rantau ini yang mengambil bahagian dalam sukan dwitahunan itu, akan bermain bersama enam pemain utama polo Malaysia.
Pasukan Polo Malaysia: 1. Khairy Jamaluddin 2. Shaik Reismann Mohamed Ismail 3. Muhammad Faizal Abu Bakar 4. Abdul Rashid Hasnan 5. Amran Selamat 6. Tengku Ahmad Shazril Ezzani Tengku Suleiman 7. Mohd Zulhelmi Nadzar
Pasukan Polo Brunei: 1. Pangiran Muda Abdul Mateen Bolkiah 2. Puteri Azemah Ni'matul Bolkiah 3. Pangiran Muda Bahar Bolkiah 4. Pangiran Muda Abdul Qawi 5. Huzaimi Haji Mahari 6. Mohamad Huzaimi Husin
Pengurus pasukan Malaysia, Mohamad Zekri Ibrahim melahirkan rasa bangga kerana Khairy menyertai pasukan itu, tambahan pula menteri berkenaan adalah seorang pemain polo yang berpengalaman dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam permainan itu.
Jadi tunggu apa lagi, jom gemuruhkan suara anda! Malaysia Boleh!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Teruk Dikritik, Pakaian Kontinjen Diperkenalkan Tak Akan Digunakan Untuk Perbarisan Olimpik

gempak
27/06/2024
09:47 MYT
Pakaian kontinjen Malaysia yang diperkenalkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) baru-baru ini tidak akan digunakan pada perbarisan Majlis Perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan membuka tirai pada 26 Julai ini.
Viral

#Foodieslife: Salad Ketam Alaska, Sup Rusa, Lobster & Wagyu Percik Ini Menu Santapan Diraja Putera Mateen & Dayang Anisha Untuk Tetamu

gempak
16/01/2024
07:55 MYT
Siap ada Wagyu percik guys, sedapnya.
Berita

Putera Mateen, Dayang Anisha Selamat Bertunang

gempak
09/01/2024
16:01 MYT
Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam secara rasmi melangsungkan majlis pertunangan hari ini.
Hiburan

Prince Mateen Kongsi Foto Dengan Bakal Isteri, Netizen Gembira Tapi … - “2024 Hari Patah Hati Sedunia”

gempak
01/01/2024
09:50 MYT
Sama cantik sama padan.
Laman Utama

“Kalau Ini Tukang Hantar, 10 Kali Oder Pun Sanggup!” - KJ Berlakon Jadi Rider! Ramai Usik, Habislah Job Remy Ishak Kena Caras

gempak
26/10/2023
02:55 MYT
Ramai minta KJ berlakon.