,
Berita

Bukan Mudah Bila Pasangan Duet Lelaki, Duo Star Cabar Kami – Ayai & Firman

Fiza Kamarudin
23/12/2016
06:13 MYT
Penyanyi Ayai Illusi dan Firman menganggap gandingan sebagai pasangan duet lelaki dalam program realiti Duo Star sebagai cabaran buat mereka.
Ayai ketika ditemui berkata, apabila namanya disebut untuk berganding dengan Firman dia bersyukur kerana tahu bakat dan kebolehan bekas juara Akademi Fantasia 2014 itu.
Menurut Ayai, walaupun mereka satu-satunya pasangan duo lelaki dalam pertandingan tersebut, ia tidak mematahkan semangat mereka sebaliknya menjadikan perkara tersebut sebagai cabaran.
“Enam pasangan dalam Duo Star semuanya lelaki dan perempuan. Hanya kami dan pasangan Aweera & Asfan sahaja dipasangankan sama jantina.
“Satu cabaran buat kami kerana pemilihan lagu kami terhad. Jadi kami perlu berfikir untuk tampil dengan persembahan yang kreatif dan cari kelainan pada setiap minggu,” katanya ketika ditemui Astro Gempak.
Sementara itu Firman memberitahu Astro Gempak, dia dan Ayai akan mencuri masa untuk berlatih bersama walaupun sibuk dengan aktiviti seni masing-masing.
“Itu sahaja yang kami perlu lakukan untuk menjadi yang terbaik dalam Duo Star. Kami akan cari masa untuk berlatih setiap minggu kerana sedar saingan kami hebat-hebat belaka.
“Mungkin ramai yang kata, saya dan Ayai tidak mempunyai masalah apabila disatukan kerana sudah biasa bersama, tetapi mereka tidak tahu yang kami juga ada kelemahan masing-masing yang perlu diperbaiki.
“Sebab itu kami sentiasa fokus apabila berlatih dan all-out ketika membuat persembahan di pentas kerana berdepan dengan juri pada setiap minggu bukan perkara yang menyeronokkan,” katanya ketawa.
Apabila ditanya pasangan mana yang memberi saigan buat mereka, Ayai dan Firman hanya memberikan jawapan klisye.
“Semua yang bertanding dalam Duo Star ini hebat-hebat belaka. Sukar untuk kami meletakkan mereka sebagai pesaing kerana mereka semua sahabat dan kami adalah keluarga dalam Duo Star,” katanya.
Duo Star akan mula bersiaran pada 25 Disember ini disiarkan menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada jam 9 malam.
Selain Ayai & Firman, tujuh lagi pasangan yang akan merebut gelaran juara sulung Duo Star ialah Erni Zakrie & Syamel, Aepul Drama Band & Haiza, Kaka & Awi Rafeal, Ning Baizura & Haris Baba, Yassin & Ila Damia, Ronie & Sarah dan Aweera & Asfan.
Mereka akan di adili sepenuhnya oleh juri profesional yang bertanggungjawab untuk menilai persembahan iaitu penyanyi Datuk Hattan, pengarah muzik Datuk Acis dan Adibah Noor.
Manakala Datuk AC Mizal menggalas tanggungjawab sebagai hos Duo Star.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.