,
Berita

"Bob Bawa Saya Berubat Tradisional" - Syura Pulih Daripada Penyakit Misteri

Amri Hassan
30/05/2018
03:23 MYT
Bintang Gegar Vaganza 4 (GV4), Syura Badron memberitahu dia kini sudah pulih daripada penyakit misteri yang dialaminya sejak tahun lepas.
Kata Syura, dia dibawa oleh Bob Yusof untuk berubat secara tradisional bagi memulihkan dirinya yang selalu berdepan dengan mimpi-mimpi pelik sebelum ini.
"Alhamdulillah, selepas Bob bawa saya berubat secara tradisional tak ada perkara-perkara aneh berlaku lagi.
"Saya pun sudah tidak bermimpi yang pelik-pelik seperti sebelum ini. Cuma berat badan saya susut," katanya ketika ditemui pada Majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2018 Meriah Bersama di Hotel Majestic Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mengimbas kembali, Syura mendedahkan dia mengalami penyakit misteri sekitar Disember tahun lalu ketika berada di Indonesia untuk merakamkan lagu baru.
Baca: "Kawan Kata Muka Nampak Seram, Takut Nak Tegur" – Syura
Selain muntah berterusan, penyanyi lagu Bakawali itu mengalami sakit kepala teruk dan hilang suara.
Teks oleh: Amri Hassan Foto: @syurabadron
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ebby Yus Tolak Tawaran Tiga Penderma Buah Pinggang - "Saya Tak Sampai Hati..."

gempak
23/11/2024
18:32 MYT
Pelakon, Ebby Yus, 59, kini menjalani dialisis di rumah untuk penyakit buah pinggangnya bersyukur mendapat perhatian ramai termasuk menerima sumbangan daripada rakan artis untuk membantu mengurangkan bebannya.
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Unitar