,
Berita

Baju Melayu Dikecam Seperti Pakaian Menyusukan Anak, Ini Penjelasan Erry Putra

Rozaimi Zubaidi
26/05/2018
09:48 MYT
Pelakon Erry Putra mengakui tindakan netizen yang mengecam koleksi rekaan baju Melayu pakaiannya tidak langsung menjejaskan perniagaannya, tetapi meningkatkan hasil jualan secara mendadak.
Menurut Erry, dia ingin berterima kasih kepada netizen kerana menularkan rekaan pakaiannya dan memberi publisiti percuma kepada pakaian yang dikeluarkan itu.
“Sejak petang semalam, beberapa keping foto memperlihatkan saya dan adik tiri saya menggayakan baju berkenaan mula tular di pelbagai laman sosial.
“Berdasarkan komen netizen, ramai berpendapat, rekaan baju Melayu itu menyerupai pakaian yang direka khas untuk kemudahan ibu menyusukan bayi mereka.
“Bagaimanapun, jika dilihat secara dekat, koleksi itu menggabungkan tiga baju tradisi mewakili tiga kaum utama di Malaysia iaitu baju Melayu, kurta dan samfu.
“Ini merupakan kali pertama saya bekerjasama dengan UA Butik dalam menghasilkan baju Melayu dan rekaannya adalah hasil perbincangan kedua-dua belah pihak," katanya.
Tambah Erry, baju berkenaan dikeluarkan dalam 20 warna pilihan dengan tiga rekaan berbeza dan boleh dibeli secara terus di butik yang terletak di TTDI Jaya, Shah Alam atau pembelian dalam talian menerusi laman Instagram @ua_butik.
Sumber: Utusan Online
Foto: Instagram
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.