,
Laman Utama

Zizie Izette Terima Wang Tunai RM2.2 Juta, Perkenal Ejen Pelaburan Kepada Bung Moktar

Gempak
26/11/2021
23:55 MYT
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat, diberitahu bahawa isteri Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, menerima wang tunai RM2.2 juta apabila memperkenalkan ejen pelaburan Public Mutual Berhad kepada suaminya untuk FELCRA membuat pelaburan RM150 juta dalam unit saham bank tersebut.
Ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid, 43, berkata kebiasaannya wang pengenalan (introduction fee) akan diberikan kepada individu yang memperkenalkan ejen pelaburan kepada pelanggan.
"Kami tidak menetapkan sebarang kadar bayaran (wang pengenalan), namun ia mengikut kepada budi bicara (antara ejen dengan individu). Kami putuskan untuk beri (wang pengenalan) kepada Datin Seri Zizie kerana memperkenalkan kami kepada Datuk Seri Bung," katanya.
Madhi yang merupakan saksi utama dalam kes itu, berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria dan Law Chin How pada perbicaraan kes rasuah yang dihadapi Bung Moktar dan isterinya di hadapan Hakim Rozina Ayob.
Menceritakan mengenai penyerahan wang pengenalan tersebut kepada Zizie Izette, saksi pendakwaan ke-24 itu, berkata beliau dan seorang lagi ejen pelaburan Public Mutual, Norhaili Ahmad Mokhtar, menyerahkan wang berkenaan kepada pelakon itu di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini, pada Jun 2015.
"Pada hari tersebut, saya dan Puan Norhaili berada di bank (Public Bank), namun Puan Norhaili berada di bank hanya sekejap sahaja kerana dia ada urusan lain, jadi ketika transaksi wang berlaku, hanya tinggal saya dan Datin Seri Zizie berada di bank sehingga transaksi selesai.
"Pembayaran wang pengenalan itu dibuat dengan cara saya mengeluarkannya (wang) dalam bentuk cash (tunai) dan pihak Public Bank menyerahkannya kepada Datin Seri Zizie," katanya.
Madhi berkata, sebelum penyerahan wang tersebut, pihak bank memaklumkan bahawa jumlah wang yang beliau mahu keluarkan tidak mencukupi dan hanya boleh mengeluarkan RM2.2 juta sahaja.
Ditanya Law, berapa jumlah wang yang diminta saksi itu, sehinggakan pihak bank memberitahu wang yang diminta tidak mencukupi, Madhi menjawab "Saya tak ingat berapa wang yang kami minta, tapi jumlah wang tunai yang dikeluarkan oleh Public Bank adalah RM2.2 juta.
Law: Sebelum ini kamu (Mahdi) kata akan bayar wang pengenalan kepada Datin Seri Zizie sebanyak RM2.5 juta ke atas, dan pihak bank hanya boleh keluarkan RM2.2 juta, jadi bagaimana dengan wang selebihnya?
Mahdi: Yang selebihnya dibayar kepada Datin Seri Zizie dengan cara membuka akaun pelaburan dengan Public Mutual Berhad seperti yang diminta oleh Datin Seri Zizie.
Saksi itu berkata, bagi membuka akaun pelaburan atas nama Zizie Izette, beliau dan Norhaili perlu menyerahkan baki wang pengenalan itu dalam bentuk cek atas nama Public Mutual.
"Sebanyak dua cek diberi kepada Datin Seri Zizie iaitu satu cek daripada saya berjumlah lebih RM200,000 dan satu lagi cek daripada Puan Norhaili yang jumlah untuk membuka akaun itu lebih kurang RM600,000 hingga RM700,000," katanya.
Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Bung Moktar, 63, yang merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra ketika itu, didakwa menerima rasuah daripada Madhi menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.
Beliau juga mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai sebanyak RM335,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.
Zizie Izette, 43, pula mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.
Perbicaraan di hadapan Rozina bersambung 7 Dis ini.
Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Viral

Curi Duit Nenek, Lelaki Tergamak Belasah & Bakar Tangan Anak Saudara Sebagai Pengajaran

gempak
12/09/2024
02:55 MYT
Baru-baru ini tular satu video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan telah didera oleh seorang lelaki.
Viral

Wanita Disapa Sekumpulan Individu Edar Flyers Di Bukit Bintang, Ingatkan Ah Long Rupa-Rupanya…

gempak
09/09/2024
05:37 MYT
Sepotong video memaparkan beberapa individu berarak di sekitar kawasan Bukit Bintang sambil menggayakan baju sedondon persis kumpulan Ah Long mengundang perhatian netizen baru-baru ini.
Viral

Bapa 77 Tahun Menang RM23.3 Juta, Hadiahkan Kesemua Wang Kepada Anak-Anak

gempak
09/08/2024
04:55 MYT
Seorang pengamal perubatan berusia 77 tahun dari Pahang, Malaysia, memperoleh durian runtuh berjumlah RM23.3 juta selepas memenangi loteri Sports Toto 4D baru-baru ini.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Menang 2 Pingat Emas, Atlet Filipina Ini Dapat Habuan Lumayan… Kondo Mewah, Bekalan Ramen Seumur Hidup

gempak
07/08/2024
04:00 MYT
Atlet gimnastik Filipina, Carlos Yulo, mencipta magis apabila berjaya merangkul bukan sahaja satu tetapi dua pingat emas di temasya Olimpik Paris 2024.