HIBURAN
Zizan Razak Sambut Raya Secara Sederhana, Rindu Kenangan Rumah Sebelum Roboh - “Bila Tak Ada Saya Dah Tak Buat Open House”
Pelakon, Zizan Razak memilih untuk menyambut Aidilfitri secara bersederhana tahun ini.
Tiada rumah terbuka
Menurut Zizan, secara kebiasaannya dia akan pulang ke Terengganu dan mengadakan rumah terbuka, namun rutin rayanya itu sudah tiada selepas rumah kuaters yang didiami keluarganya itu telah dirobohkan.
“Saya beraya tidak meriah sangat, biasa biasa sahaja, saya hanya menyambut apa yang perlu.
“Sebenarnya kalau tahun sebelum sebelum ini, saya akan duduk di Terengganu dan mengadakan rumah terbuka di sana.
“Dulu saya duduk di rumah kuaters, jadi bila rumah itu sudah tak ada, saya pun dah tak buat rumah terbuka.
“Rumah itu sudah dirobohkan, jadi tahun tahun yang selepas rumah itu tiada, saya pun tak tahu nak buat perancangan apa ketika raya,” katanya kepada Gempak.
Zizan berkata demikian ketika ditemui pada majlis Sidang Media & Tayangan Perdana Program Raya Astro 2025 di One World Hotel, Petaling Jaya baru-baru ini.
Rumah menggamit kenangan
Mengulas mengenai rumah tersebut, Zizan berkata kediaman itu banyak meninggalkan kenangan buat dirinya.
“Rumah itu sebenarnya menggamit kenangan juga, saya duduk di sana sejak di bangku sekolah lagi sampailah menjadi selebriti.
“Selama beberapa beberapa tahun saya menjadi artis, rumah itu masih ada sampailah ayah saya pencen.
“Berpuluh tahun juga duduk di sana jadi bila tak ada memang terasa. Kalau saya balik Terengganu, mesti saya lalu jalan itu sebab saya membesar di situ.
“Bayangkan daripada saya tak jadi artis sampailah jadi artis masih lagi duduk di sana, sekarang hanya tinggal memori sahaja,” kongsinya.
ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Terfikir Untuk Ke Arah Lain” - Zizan Razak Kekal Hubungan Baik Dengan Emma Maembong
ARTIKEL BERKAITAN:Emma Maembong ‘Spill’ Perangai Zizan Razak Ketika Bercinta - “Macam Dulu, Saya Yang kena Pujuk Dia”
ARTIKEL BERKAITAN:Zizan Razak Tak Kisah Netizen Restu Gandingan Bersama Emma Maembong - “Tapi Jangan…”
ARTIKEL BERKAITAN:Ramai Berhutang Tapi Tak Bayar, Zizan Razak Tetap ‘Husnuzon’ - “Dari Kejar Macam Pengemis Lebih Baik Saya…”
ARTIKEL BERKAITAN:Zizan Razak ‘Punca’ Kedai Makan Tak Jadi Tutup - “Saya Tak Bayar Langsung & Dia Pun Tak Minta Percuma”
Must-Watch Video