HIBURAN
Zehra Zamri Tak Nak Ikut Syarat Suami, Hanya Mahu Bercerai Dengan Segera - “Saya Tidak Bersetuju Untuk Gugurkan…”
Penyanyi, Zehra Zambri memberitahu dia tidak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan oleh suaminya, iaitu Nur Mohd Iqwan dalam kes perceraian mereka.
Menurut Zehra, suaminya hanya bersetuju untuk melepaskannya jika tuntutan alasan bercerai yang dituntutnya itu digugurkan.
“Dia ada meletakkan syarat dimana ada beberapa tuntutan sebab sebab saya nak bercerai itu yang dimintak untuk dipinda.
“Terutamanya berkenaan nafkah dan sebagainya. Pada saya itu adalah poin utama yang sebenarnya sebab saya nak bercerai,” katanya kepada Gempak.
Zehra Zambri berkata demikian ketika menghadiri ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selongor bagi proses perlantikan JKP pada Rabu.
Tambahnya, dia tidak bersetuju dengan syarat yang dikemukakan oleh suami kerana berasakan seolah-olah lelaki itu mahu menafikan haknya sebagai seorang isteri.
“Pihak saya tidak bersetuju kalau pihak sebelah sana letakkan syarat perceraian dan minta saya gugurkan apa yang saya telah failkan itu. Saya ada justifikasi sendiri kerana selama ini dia culas menjalankan tanggungjawab,” katanya lagi.
Pada masa sama, pelantun lagu Selamakama itu turut menegaskan dirinya tidak mempunyai masalah untuk meneruskan proses perceraian dan berharap agar kes ini dapat diselesaikan dengan segera.
“Tiada masalah sebab saya tahu apa yang saya lakukan ini. Saya tahu ia akan ambil masa yang panjang, tapi kalau boleh saya nak selesaikan segera.
“Saya perlu teguh dengan hak saya sebagai isteri. Siapa je yang ada anak nak bercerai? Jadi, saya nak beritahu netizen bahawa keputusan untuk bercerai bukanlah sesuatu yang mudah tanpa sebab-sebab yang wajar,” ujarnya.
Walaupun berdepan dengan tekanan, Zehra mengakui dia terpaksa akur jika semua yang berlaku ini merupakan ketentuan Allah SWT kepada dirinya.
“Jadi tak apalah jika ini aturan Allah untuk saya, saya masih lagi berjuang untuk dapatkan hak saya. Nak lepaskan saya pun sukar, jadi saya hadapilah.
“Saya sentiasa berdoa agar Allah permudahkan dan bukakan hati dia untuk ada sedikit empati kepada saya, supaya saya dapat besarkan anak ini dengan baik dan mental yang sihat,” kongsinya.
Sementara itu, penyanyi itu turut memaklumkan lafaz cerai tidak dapat dilakukan pada hari ini disebabkan dirinya berada dalam keadaan tidak suci.
Namun, perkara itu tidak melemahkan semangatnya untuk terus memperjuangkan haknya.
“Kalau saya ikut syarat yang ditetapkan, itu ibarat satu kemenangan buat dia. Kenapa saya harus mengalah setelah hampir berbulan-bulan saya bawa kes ini untuk diselesaikan dengan baik? Tapi hari ini, saya reda. Saya akan lalui perkara ini. Tiada masalah,” tegasnya.
Pada 10 April lalu, mahkamah memutuskan kedua-dua pihak untuk melantik wakil bagi proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Untuk rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela yang kini berusia dua tahun setengah.
Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.
Iqwan juga pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata.
Must-Watch Video