HIBURAN
Zed Zaidi Bersuara Isu Ellie Suriaty, Mohon MCMC & Polis Ambil Tindakan Terhadap Imran Bard- “Jangan Sesekali Mencari Populariti…”
Kemelut yang melanda antara pelakon Ellie Suriaty Omar dan pempengaruh Imran Bard mendapat perhatian Presiden Seniman, Kolenal Bersekutu (PA) Rozaidi Abdul Jamil.
Tindakan tegas
Rozaidi atau lebih kenali sebagai Zed Zaidi menegaskan kekeruhan ini perlu segera dinoktahkan dan diambil serius oleh semua pihak.
ARTIKEL BERKAITAN: Ellie Suriaty Setuju Jumpa Imran Bard - “Sesi Ini Akan Jadi Penentu Sama Ada Saya Teruskan Saman Atau Sebaliknya”
ARTIKEL BERKAITAN: Imran Bard Bakal Berehat Dari Media Sosial? Netizen Gesa Unfollow Ramai-Ramai - “Semoga Dapat Muhasabah…”
ARTIKEL BERKAITAN: Imran Bard Sekali Lagi Buat Permohonan Maaf, Mahu Jumpa Ellie Suriaty Depan-Depan - “Saya Akui Nama Tak Boleh Dipetik Apatah Lagi…”
Jelasnya isu buli dalam kalangan ahli Seniman dan golongan artis bukanlah sayu perkara yang boleh dipandang remeh dan perlu dijadikan pengajaran oleh semua pihak terutamanya kepada mereka yang mencipta kandungan.
“Sebagai salah seorang ahli Seniman, kami berdiri teguh di belakang Ellie Suriaty yang menjadi mangsa buli pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Kami juga memohon pihak berkuasa termasuklah Suruhanjaya Komuninkasi & Multimedia Malaysia (MCMC) serta pihak polis untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak tersebut atas kesalahan yang dilakukan,” tegasnya.
Zed Zaidi juga meminta agar semua pihak terutamanya pencipta kandungan agar lebih peka dan tidak menghasilkan kandungan yang jelik sehingga menjatuhkan air muka seseorang.
Bakal bertemu
Dalam pada itu, Ellie bertegas mahu menyaman Imran namun mereka sudah mencapai kata sepakat untuk bertemu empat mata sedikit masa lagi untuk menyelesaikan isu ini.
“Kita minta semua pihak terutama golongan pempengaruh untuk tidak sewenang-wenangnya mempergunakan nama atau mana-mana individu yang boleh menjatuhkan maruah mereka.
“Jangan sesekali mencari populariti dengan kandungan yang tidak sihat, bersifat negatif dan memberikan impak kurang baik kepada masyarakat,” tegasnya lagi
Terdahulu isu di antara Ellie dan Imran hangat diperkatakan sejak seminggu yang lalu apabila pelakon wanita berkenaan mahu mengambil tindakan apabila namanya digunakan pempengaruh berkenaan dalam satu kandungan video yang dimuat naik.
Sumber - Seniman.com
Must-Watch Video