,
Hiburan

Zarina Zainuddin, Kak KM & Datuk Hattan Kongsi Pencapaian Cemerlang Anak-Anak Dalam SPM

Muhammad Firdaus
27/05/2024
09:25 MYT
Umum sedia maklum yang hari ini merupakan hari keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2023 diumumkan.
Susulan itu, rata-rata mula berkongsi keputusan yang diperolehi dan tidak terkecuali barisan selebriti yang memuat naik hantaran di media sosial menunjukkan rasa bangga terhadap pencapaian anak ataupun ahli keluarga mereka.

Anak Datuk Hattan Straight A

Penyanyi Datuk Hattan berkongsi perkhabaran gembira tentang kejayaan anak saudaranya di Instagram.

"Sedih, hiba, gembira dan bersyukur ke hadrat...

Menerusi posting Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 60, menitiskan air mata apabila anak kepada arwah adiknya berjaya memperolehi keputusan semua A.
"Sedih, hiba, gembira dan bersyukur ke hadrat. Tahniah Mikael Hatta atas keputusan cemerlang dalam SPM. Straight As, kalau ada arwah adik saya ni tak tahulah betapa sukanya dia," tulis Hattan di ruangan kapsyen.

Anak Zarina Zainuddin Dapat 6A

Dalam pada itu, pelakon Zarina Zainuddin turut berkongsi berita gembira tentang anaknya, Muhammad Adam Azrai yang memperolehi keputusan 6A dalam SPM.

"Sebagai seorang ibu itu pun saya bersyukur sangat...

Zarina berkongsi perkara itu menerusi hantaran Instagram di mana dirinya meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian cemerlang puteranya itu dalam bidang akademik.
"Alhamdulillah, Adam dah dapat keputusan SPM. Dapat 6A 2B+. Syukur!
"Sebagai seorang ibu itu pun saya bersyukur sangat, ibu tak pandai biarlah anak pandai semua. Ibu bapa pun mengharapkan anak berjaya. Saya doakan anak-anak kita semua berjaya,amin!" tulis Zarina.

Kak KM Kongsi Anak Dapat 6A

Selain selebriti, usahawan sensasi, Kak KM turut tidak terkecuali berkongsi satu video di mana dirinya menemani anak lelakinya, Faris untuk mengambil keputusan SPM.

"Syukur Alhamdulillah! Anak mama memang bijak!

Dalam klip video singkat itu, dapat dilihat Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli menitiskan air mata kegembiraan selepas pencapaian memberangsangkan oleh Faris.
"Syukur Alhamdulillah! Anak mama memang bijak," tulis Kak KM.
Sekadar info, lebih 11,000 pelajar berjaya memperolehi keputusan semua A untuk peperiksaan SPM tahun 2023.

BERITA TRENDING: Adik Meerqeen Dapat 9A Dalam SPM. Tahniah!

Secara keseluruhannya pencapaian calon SPM tahun 2023 adalah lebih baik daripada tahun sebelumnya apabila merekodkan Gred Purata Nasional (GPN) sebanyak 4.60 berbanding 4.74.
Sumber: Instagram
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Isu Kongsi Video Sembang 'Adik Naik' Azal, Zarina Zainuddin; "Lepas Ni Saya Post Video Kerja Sajalah"

gempak
28/08/2024
08:30 MYT
Pelakon Zarina Zainuddin mengakui berdepan tekanan perasaan gara-gara kecaman diterima akibat berkongsi video perbualan 'adik naik' anak lelakinya, Azal Azrai minggu lalu.
Hiburan

Post Anak Cerita Pasal Kemaluan, Netizen Label Zarina Zainuddin Tak Reti Jaga Aib - “Malu Azal….”

gempak
23/08/2024
04:30 MYT
Pelakon Zarina Zainuddin menerima kecaman hebat oleh warganet apabila dirinya memuat naik hantaran yang disifatkan sebagai berunsur lucah di Instagram.
Hiburan

Zaki Yamani Ada Sebab Rahsiakan Result SPM - “Ayah Tak Duduk Sekali, Jadi Tak Rasa Nak Luah Pada Dia”

gempak
20/08/2024
12:55 MYT
Penyanyi Zaki Yamani memaklumkan dia mempunyai alasan sendiri mengapa merahsiakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diperolehnya baru-baru ini.
Hiburan

Rakan Artis Sayu Kongsi Kisah Kenangan Bersama Arwah Jay Jay

gempak
05/08/2024
12:20 MYT
Momen sedih buat pengikut industri muzik tanah air selepas dikejutkan dengan berita pemergian pelantun lagu Rindu Bayangan, Jay Jay pada 4 Ogos di Hospital Thomson, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Viral

Pelajar Ini Cipta Lagu Rap Untuk Mudah Hafal Subjek Sejarah, Netizen Approved - “Kenapalah Adik Ni Tak Muncul Masa Kami SPM Dulu”

gempak
05/07/2024
06:55 MYT
Seorang pelajar lelaki menjadi tular selepas berkongsi cara kreatif untuk menghafal subjek Sejarah.