HIBURAN
Zarina Zainoordin Enggan Terlalu Fikir Soal Jodoh, Takut Alami Kemurungan - “Saya Sendiri Pun Tak Pandai…”
Pelakon dan penyanyi, Zarina Zainoordin akui enggan terlalu memikirkan soal jodoh kerana bimbang boleh menyebabkan masalah kemurungan.
Jelas Zarina, dia sendiri tidak mempunyai jawapan khusus jika ada pihak yang bertanya bila mahu mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya yang sudah lebih sedekad menjalinkan hubungan cinta.
“Bila nak cakap soal jodoh ini susah kita nak bagi jawapan, saya sendiri pun tak pandai nak jawab macam mana. Kalau nak tanya dia (teman lelaki) kadang-kadang saya pula rasa tak bersedia. Jadi memang sukar untuk saya bercakap soal jodoh ini.
“Setakat ini kami masih bersama, sudah 11 tahun. Saya tidak curang memang dengan dia sahaja. Saya memang nak kahwin siapa sahaja tak nak berkahwin cuma jodoh belum sampai, bila balik beraya semua orang dah ada anak siap dah ada cucu.
“Memang perkara ini kita tak nampak tapi jika terlalu difikirkan sangat ia boleh menyebabkan kemurungan, jadi saya tak nak fikir sangat,” katanya kepada Gempak.
Zarina ditemui Gempak selepas menghadiri sesi sidang media Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pada masa sama, pelakon drama Khun:Sa ini juga meluahkan rasa syukur kerana keluarganya tidak terlalu memberi tekanan kepadanya untuk membina masjid.
Semuanya berubah apabila Zarina mula mendiamkan diri ketika diasak soalan perkahwinan ketika mahu menjamu selera semasa hari raya.
“Nasib baik mak saya tidak terlalu memaksa, dahulu pernahlah dia tanya banyak-banyak kali masa raya pun pernah baru sahaja nak makan mereka tanya soal kahwin, terus berubah air muka saya.
“Saya hilang selera terus lari masuk kereta, sejak daripada itu mereka tidak lagi bertanya soal kahwin kepada saya,” kata Zarina.
Zarina bercinta dengan ahli perniagaan berusia 53 tahun yang berstatus duda dua anak tetapi bukan dalam kalangan orang seni.
Sebelum ini, Zarina pernah merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan bekas pemain gitar pada 2010 tetapi hasrat tersebut terpaksa dibatalkan.
Dia juga pernah bercinta dengan beberapa pelakon lelaki namun hubungan tersebut terkandas di tengah jalan.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 1 Mac, 5.30 ptang, serta platform On Demand dan Astro GO.
Gunakan#DapurGoodday #MisiSarimahTuyahVSCheTon #GempakOriginalSeries di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, X, Facebook akaun Gempak.
Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan, Stadium Shah Alam mulai 2 Mac sehingga 29 Mac.
Must-Watch Video