,
Laman Utama

Zarina Anjoulie, Khazrul Kembali Berhubungan, Netizen Pesan Hati-Hati - "Kahwinlah Cepat-Cepat!"

Syafiqah Jalal
06/09/2023
02:11 MYT
Selepas pelbagai kontroversi, pelakon sensasi, Zarina Anjoulie kembali menjalinkan hubungan baik bersama bekas tunangnya, Datuk Khazrul Ezley. BACA: "Aku Tak Nak Keluar Dengan Lelaki Miskin" - Zarina Anjoulie Umpama tidak serik, Zarina atau lebih popular dengan sapaan Anju ternyata dilihat keluar bersama lelaki terbabit bersama anak lelakinya, Martin Ezra Mikael. Bersama kapsyen "biarkan drama ini bermula", warganet rata-ratanya tampil menasihati pasangan terbabit agar tidak mengulangi kesilapan lalu dan menjaga hubungan itu sebaik-baiknya.
“Ini drama telenovela ke? Semoga dipermudahkan dan dapat kebahagian dunia dan akhirat,” komen seorang netizen
“Kahwinlah cepat-cepat Anju, jangan bercinta tetapi halalkan status supaya tiada lagi isu selepas ini," nasihat seorang warga maya
“Hati-hati ya Anju, jangan pisang berbuah dua kali," kata seorang pengikut media sosial itu.
Dalam pada itu, nerizen juga sempat memberi pesanan kepada Khazrul agar berhati-hati dengan Anju iaitu wanita yang dia pernah benci dan mengeluarkan kata kesat dahulu.
“Datuk, ketahuilah setelah kau bermaki-makian perempuan itu tetapi dia tetap menerima kau dalam hidup dia, pasti dia bukan perempuan yg sama lagi. Itu bukan Anju yang Datuk kenal dah. Itu Anju yg penuh strategi sebelum sampan tenggelam lagi,” tulis seorang warganet.
Sebelum ini, pada 26 Januari lalu Anju mengumumkan mereka sudah ‘diikat’, namun tidak berkongsi tarikh penyatuan biarpun sudah menempah baju pengantin dan cincin perkahwinan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Suka Hidung Lama, Kurang Selesa Bab Tayang Pembedahan, Anju Mohon Maaf - “Itu Tajaan, Tolong Faham Ini Punca Rezeki Saya”

gempak
01/09/2024
23:52 MYT
Pelakon, Zarina Anjoulie memohon maaf sekiranya ada pihak kurang selesa dengan hantaran di media sosial yang memaparkan dirinya menjalani pembedahan kosmetik hidung.
Hiburan

Dedah Diri 'Buat Muka', Zarina Anjoulie Minta Orang Ramai Doakan Fatiya Latiff - "Doa Yang Baik-Baik"

gempak
21/08/2024
12:25 MYT
Pelakon, Fatiya Latiff baru-baru ini mengakui bahawa dirinya ada membuat prosedur kecantikan pada bahagian wajah kerana faktor usia yang semakin meningkat.
Hollywood

Kecoh ‘Putus’, Asmara Vokalis Coldplay Chris Martin - Dakota Johnson Masih Membara

gempak
21/08/2024
11:50 MYT
Kecoh minggu lalu apabila hubungan cinta antara vokalis Coldplay, Chris Martin dan aktres Dakota Johnson dilaporkan berakhir.
Hiburan

Perkongsian IG Dihujani Tahniah, Nina Ismail Sabri Bakal Dirikan Rumah Tangga?

gempak
23/07/2024
01:39 MYT
Perkongsian di Instagram bekas isteri kepada pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri sekali lagi mendapat tumpuan ramai selepas dirinya memuat naik gambar bersama keluarga dan seorang jejaka yang hanya dikenali sebagai Hafiz.
Hiburan

Nora Danish Anggap Luahan Anju Rindukan Nedim Sebagai Sahabat - “Mereka Kawan Lama, Dah Macam Best Buddy"

gempak
17/07/2024
03:02 MYT
Pelakon, Nora Danish menganggap hantaran Insta Story aktres Zarina Anjoulie merindui bekas suaminya, Nedim Nazri hanyalah sebagai luahan seorang kawan yang merindui sahabat lamanya.