,
Laman Utama

Zara Zya Buat Laporan Polis Berkaitan Kes ‘Scam’ & Gangguan Seksual - “Hantar Gambar Tak Sopan, Call Bertubi-Tubi Setiap Malam”

Asyikin Mayudin
13/08/2023
03:45 MYT
Pelakon Zara Zya tampil membuat laporan polis terhadap dua individu berkaitan dengan kes penipuan dan gangguan seksual, baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Instagram, Zara berkata laporan pertama dibuat susulan tindakan seorang individu yang telah menyalah guna gambar miliknya untuk tujuan penipuan atau scam.
Manakala, laporan kedua dibuat berikutan tindakan seorang individu yang mengganggunya dengan menghantar mesej dan gambar berbaur lucah.
"Anda berani buat, jangan fikir saya tak berani untuk ambil tindakan. Saya telah mengambil tindakan undang-undang dengan membuat laporan polis ke atas dua individu.
"Seorang yang terlibat menggunakan nama dan gambar saya dalam penipuan/scam pelaburan dalam talian Facebook (Kerja Kosong Ipoh 2023) baru baru ini.
"Dan, laporan polis juga telah dibuat ke atas individu yang telah melakukan ‘sexual harrasment’ ke atas saya dengan gangguan secara lisan, hantaran gambar-gambar tidak sopan dan juga panggilan yang bertubi tubi setiap malam yang mengganggu emosi saya.
"Gangguan ini berlarutan sejak beberapa bulan lepas dan menimbulkan ketakutan dan kebimbangan pada saya," katanya.
Dalam hantaran sama, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin turut memuat naik gambar dirinya memegang kertas loporan yang telah dibuat.
Selain itu, aktres berusia 37 tahun itu turut berkongsi tangkap layar memaparkan sebuah akaun Facebook yang dipercayai menggunakan gambar miliknya untuk tujuan scam.
Zara juga turut memuat naik rakaman panggilan telefon daripada indvidu yang mengganggunya. Menerusi rakaman tersebut, individu terbabit telah mengeluarkan kata-kata kurang sopan iaitu ‘saya suka body awak’.
Aktres itu juga mengucapkan terima kasih kepada pihak PDRM dan berharap dua individu tersebut menerima tindakan sewajarnya.
“Terima kasih pada pihak PDRM kerana telah mengambil keterangan saya dan saya berharap tindakan sewajarnya dapat diambil ke atas pelaku pelaku ini,” ujarnya.
BACA SINI: Zara Zya Terkena Tempias Shuib Bertunang Dengan Watie Hanifiah - “Jangan Terlalu Syok Sangat Hendak…”
BACA SINI: Soalan Netizen Gores Hati Zara Zya, Pertama Kali Menangis Ketika Buat ‘Live’ - “Otak Saya Jadi Penat Dengan…”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Viral

Pengarah JSJ Bukit Aman, Shuhaily Jijik Dengan Penemuan Kes GISBH

gempak
18/09/2024
06:20 MYT
“Kes ini, saya jijik dengan penemuan (siasatan)."
Berita

Gambar Bedah Siasat Zayn Rayyan Tular, Polis Tidak Maklum Perkembangan Siasatan

gempak
18/09/2024
05:27 MYT
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan dijalankan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
Berita

Pereka Dalaman Dibunuh, 20 tikaman Ditemui Di Tubuh - Polis

gempak
17/09/2024
01:56 MYT
Seorang pereka dalaman separuh masa ditemukan mati dengan 20 kesan tikaman pada tubuhnya di sebuah apartmen di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada awal pagi Isnin.
Berita

Jumpa Gigi Manusia Dalam Kuih Bulan, Polis Lakukan Siasatan

gempak
16/09/2024
12:55 MYT
Pelanggan wanita itu terjumpa gigi berkenaan dalam kuih bulan yang berintikan daging.