,
Laman Utama

“Zaman SARS, 11 September Saya Dah Lalu” - Sherry Ibrahim Beri Sebab Kenapa Berani Travel Ketika Pandemik

Izwan Isa
04/05/2022
13:50 MYT
Pelakon dan penyanyi, Sherry Ibrahim mengakui yang sambutan lebarannya pada setiap tahun tidak berlebihan.
Hal ini kerana, dia lebih banyak menghabiskan masa di dapur, membantu ibu dan neneknya memasak selain mengemas perkakasan dan membasuh pinggan.
“Setiap tahun, kalau wartawan tanya berapa pasang baju raya, saya akan jawab yang saya hanya akan sediakan sepasang. Hal ini kerana saya tidak ke mana-mana selain membantu ibu dan nenek di dapur.
“Jadi, saya akan pastikan baju itu simple dan selesa untuk dipakai ketika membuat kerja-kerja. Dan selalunya, saya hanya ada di rumah pada raya pertama je. Raya kedua dan seterusnya saya akan bercuti ke destinasi pilihan. Cuma dua tahun kebelakangan ini, saya tak sempat berbuat demikian,” katanya kepada Gempak.
Pun begitu, peserta Masked Singer ini berkata, dia akan cuba mencuri masa untuk bercuti selepas penat menguruskan bisnes salun rambutnya, Khatulistiwa Hair Spa.
“Insya-Allah, tahun ini saya akan travel, tapi dekat-dekat je kot. Tambahan pula SOP dah semakin longgar. Kakitangan saya pun galakkan saya bercuti sebab dia lihat saya dah lama tak berehat.
“Maklumlah, menguruskan perniagaan perlu masa yang banyak, tak boleh tinggal-tinggal,” katanya lagi.
Ditanya pula adakah dia risau bercuti saat dunia masih lagi berdepan dengan wabak COVID-19, Sherry berkata, sebagai bekas pramugari, dia mampu untuk menjaga dirinya sementelah pernah melalui wabak atau tragedi yang lebih teruk sebelum ini.
“Ketika zaman SARS dan 11 September dulu saya dah lalu. Jadi, saya rasa tidak jadi masalah untuk saya travel sekarang. Asalkan kita pandai jaga diri dan kekalkan kesihatan, itu sudah memadai,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Servis Pelancongan Didakwa Teruk, Kim Seri Mohon Maaf, Janji Perbaiki Kualiti - “Setelah Jadi Ibu Tunggal, Saya Agak Burn Out…”

gempak
21/11/2024
05:55 MYT
Nama personaliti media sosial dan juga usahawan yang dikenali sebagai Kim Seri kembali tular menjadi perhatian netizen.
Hiburan

Kongsi Video Duet Bersama Rezza Shah, Netizen Komen Nyayian Sherry Ibrahim -  “Lebih Kurang Je Yang Viral Tu. Sekian. Jujur”

gempak
16/11/2024
09:55 MYT
Video nyanyian pelakon, Sherry Ibrahim bersama penyanyi, Rezza Shah di yang dikongsikan di Instagram berjaya meraih perhatian ramai.
gegar-vaganza-11

GV11: Ambil Cuti Tanpa Gaji & Tak Minum Ais Langsung, Fairuz Selamat Cabar Diri Mahu Bolos Ke Final – “Kita Dah Lama Tak Menyanyi, Bagilah Peluang”

gempak
10/11/2024
08:50 MYT
Penyanyi Fairuz Selamat mengakui penyertaannya dalam program realiti nyanyian popular Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) adalah peluang terbesar dalam karier nyanyiannya.
Gaya Hidup

30,000 Rakyat Malaysia Ke Thailand Sepanjang Cuti Deepavali

gempak
02/11/2024
05:55 MYT
Hampir 300,000 rakyat Malaysia dijangka berkunjung ke Thailand sepanjang musim cuti perayaan Deepavali yang bermula Rabu, kata Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi.
Berita

Tukang Cuci Warga Bangladesh Kerja 27 Tahun Tanpa Ambil Cuti

gempak
23/10/2024
13:50 MYT
Seorang tukang cuci dilaporkan bekerja selama 27 tahun tanpa mengambil cuti demi menyara keluarganya.
Unitar