,
Laman Utama

Zali Rusli Terasa Bila Orang kutuk Haqiem Rusli

Fiza Kamarudin
18/05/2021
12:12 MYT
Penyanyi Zali Rusli, 16, yang juga adik Haqiem Rusli ini mengaku terasa hati apabila mendengar cacian netizen terhadap abangnya itu.
Zali berkata, yang membuatkan dia lebih terkilan apabila kata-kata dilemparkan itu seolah-olah mereka tinggal sebumbung dengan Haqiem.
“Selama ini kalau orang mengata Haqiem saya hanya mendiamkan diri, tetapi sebenarnya saya tidak suka.
“Kerana ada sesetengah itu melampau! Melemparkan kata-kata kesat dengan menusuh abang saya berlakon dan berpura-pura,” katanya mengimbas kembali saat Haqiem mengalami depresi.
Bagaimanapun kata Zali, dia sudah memaafkan mereka kerana baginya orang luar tidak ada hal untuk menilai.
“Bukan mereka yang melihat, malag yang tinggal bersama itu kami.
“Tak apalah, saya sudah maafkan mereka. Lagipun tak senang nak tutup mulut orang,” katanya kepada Gempak.
Berkongsi mengenai Aidilfitri tahun ini, Zali berkata dia dan keluarga terpaksa melupakan hasrat mahu bercuti bersama keluarga di Pulau Langkawi.
Ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) yang dilaksanakan perlu dipatuhi demi kebaikan rakyat.
“Setiap tahun saya beraya di Hulu Langat, Selangor bersama keluarga. Jadi, tidak timbul soal kecewa atau sedih kerana saya tinggal bersama keluarga.
“Namun apa yang menyedihkan perancangan kami sekeluarga untuk bercuti di Pulau Langkawi terpaksa dilupakan. Hari raya sahaja waktu sesuai bercuti kerana semua ahli keluarga ada.
“Memanglah sedih tetapi saya pasrah dan reda. Pastinya ada hikmah.
“Apa-apa pun saya faham PKP adalah untuk kebaikan semua dalam usaha memerangi COVID-19,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Kita Ketawa, Menangis & Kadang-Kadang Bertengkar”- Isteri Haqiem Rusli

gempak
18/06/2024
06:55 MYT
Isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea memberi ucapan istimewa buat suaminya sempena ulang tahun kelahiran penyanyi itu yang ke 26 tahun baru-baru ini.
Hiburan

Anis Sofea Sambut Hari Jadi Ke-22, Peminat Tanya - “Gambar Celebrate Dengan Haqiem Takda Ke?”

gempak
13/02/2024
23:55 MYT
Isteri kepada Haqiem Rusli, Anis Sofea baru sahaja memasuki usia 22 tahun pada 12 Februari lalu
Laman Utama

Haqiem Rusli Boleh Dengar 20% Sahaja Sebab Gegendang Telinga Kiri Luka - “Punca Dia Sebab…”

gempak
29/10/2023
04:50 MYT
Semoga lekas sembuh
Laman Utama

Individu Bangangkan Haqiem Rusli & Isteri ‘Dibantai’ Netizen: “Tak Suka Boleh Keluar”

gempak
25/10/2023
23:50 MYT
Kesian Haqiem dan Anis
Laman Utama

“Saya Tak Pernah Kecam Orang Tapi Ini Memang Bodoh” - Haqiem Rusli

gempak
05/10/2023
02:55 MYT
Memang geram tengok video tu!