,
Laman Utama

Zain & Azlan Ruffedge Kongsi Kisah Revival Dalam Naura Shares Episod Akhir Malam Ini!

Asraf Aided
25/12/2020
03:44 MYT
Menjadi kumpulan kegilaan ramai anak muda dan kemudiannya membawa imej kerohanian bukanlah sesuatu yang mudah diterima.
Namun, Ruffedge berkongsi bagaimana cetusan kerohanian dalam persahabatan mereka selama hampir dua dekad membawa dimensi dan makna baru dalam kisah revival menerusi Naura Shares episod akhir malam ini.
Zain dan Azlan tampil berkongsi, sebagai kumpulan R&B, mungkin ramai yang merasakan gaya hidup mereka lebih kepada gaya kebaratan tetapi ia bukanlah satu kebenaran.
Mereka juga mengimbas kembali zaman ketika membuat persembahan di kelab kerana kekurangan platform persembahan waktu itu, menurut Zain dan Azlan, meskipun membuat persembahan di kelab, mereka semua tetap berdoa sebelum naik ke pentas dan berhenti mengadakan persembahan di kelab setelah mempunyai platform yang lebih luas.
Zain dan Azlan juga berkongsi detik tentang DNA kumpulan Ruffedge masa kini yang lebih mengingatkan orang ramai terhadap Allah SWT serta Rasulullah SAW.
Apabila mereka menyanyi, ia mestilah membawa mesej kebaikan dan berperanan sebagai peringatan, itulah perancangan mereka untuk haluan Ruffedge yang seterusnya.
Jadi, untuk mengetahui lebih lanjut, mari sama-sama kita saksikan Naura Shares episod akhir dalam minggu ke-22 malam ini!
Naura Shares yang kini memasuki musim ke-14 ditayangkan setiap Jumaat, pukul 9.00 malam di NAURA (saluran 109).
Dihoskan oleh Hana Ismail, Naura Shares turut menampilkan tetamu undangan lain seperti Datuk Chef Wan, Naim Daniel, Datin Alyah dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Konsert Jiwa Malaysia 2024: 15,000 Penonton Hadir, Berkumpul Sejak Pukul 2 Petang!

gempak
09/09/2024
15:25 MYT
Dalam semangat menyambut kemerdekaan, Perbadanan Stadium Malaysia dengan kerjasama MND Sport & Event telah menganjurkan Konsert Jiwa Malaysia untuk menyemarakkan semangat cintakan negara melalui hiburan.
Drama

Drama ‘Dedaun Hijau Di Angin Lalu’ Bakal Berakhir, Jom Kenali Siti Rosmizah Penerbit Naskhah Ini

gempak
07/08/2024
08:55 MYT
Drama rantaian popular, Dedaun Hijau di Angin Lalu (DHDAL) telah menerima sambutan yang hangat dengan meraih penonton sebanyak 1.135 juta bagi satu episod dan rating purata sebanyak 849 ribu.
Terkini

TMSMY4 (RECAP): Markah Penuh Konsert Minggu Keenam! Abang Jagung Berputih Mata Tersingkir

gempak
22/01/2024
01:55 MYT
Markah penuh minggu keenam
Laman Utama

Ruffedge Tampil Dengan Dua Buah Tangan Baharu, Salah Satunya Kolaborasi Dengan Lah Ahmad!

gempak
26/10/2023
12:50 MYT
Best lagu-lagu baharu Ruffedge
Laman Utama

“Tak Sangka Sampai Macam Tu” - Lah Ahmad Terkejut Sebab…

gempak
27/08/2023
03:50 MYT
Tak sangka sebab apa tu?