,
Berita

Zahirkan Ucapan, PM Harap Masyarakat Hindu Rayakan Deepavali Dengan Meriah Namun Patuhi SOP

Maliah Surip
13/11/2020
13:56 MYT
Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, penganut Hindu di negara ini tetap merayakan Deepavali yang akan disambut esok dengan meriah, walaupun dalam keadaan negara masih bergelut dengan pandemik COVID-19.
Sambil menzahirkan ucapan Selamat Hari Deepavali, Perdana Menteri turut mengajak seluruh masyarakat Malaysia untuk bersama-sama menghormati dan menghargai kepelbagaian yang wujud dalam negara, dengan berkongsi kemeriahan perayaan Deepavali yang disambut oleh penganut agama Hindu di Malaysia.
"Rakyat Malaysia bertuah kerana negara kita terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Setiap kaum mempunyai budaya, tradisi dan adat resam masing-masing yang menjadi sumber kekuatan kita sebagai sebuah negara majmuk yang aman, harmoni dan bersatu padu," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena sambutan Deepavali 2020 yang disiarkan di laman Facebook rasminya hari ini.
Perdana Menteri turut menyeru rakyat Malaysia berbilang kaum agar berganding bahu menghadapi cabaran getir yang sedang dihadapi negara pada masa ini.
"Pelbagai cabaran getir yang sedang kita hadapi pada masa ini. Bersama-samalah kita berganding bahu, bersatu-padu dengan semangat yang cekal dan tabah untuk masa hadapan Malaysia yang lebih cerah buat kita semua," katanya.
Beliau juga menasihatkan supaya penganut Hindu yang meraikan pesta cahaya itu, agar mengelak daripada bersalaman atau berhimpun dan sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal.
"Sambutan Deepavali tahun ini agak berbeza kerana ia berlangsung ketika negara sedang berdepan dengan pandemik COVID-19.
"Kes-kes harian yang dicatatkan pada masa ini agak tinggi sehingga kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) (di beberapa negeri) bagi mengawal dan mengekang penularan wabak ini di dalam komuniti kita," katanya.
Perdana Menteri juga berharap masyarakat beragama Hindu akan tetap meraikan perayaan Deepavali dengan meriah di rumah bersama anggota keluarga masing-masing dengan mematuhi segala garis panduan atau SOP yang telah ditetapkan.
"Elakkan bersalaman ataupun berhimpun dan amalkanlah penjarakan fizikal untuk kita bersama-sama memutuskan rantaian jangkitan COVID-19," katanya.
BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Paetongtarn, PM Thailand termuda

gempak
21/08/2024
06:55 MYT
Pada usia 37 tahun, Paetongtarn Shinawatra menjadi Perdana Menteri termuda Thailand dan wanita kedua yang dilantik ke jawatan itu, selepas ibu saudaranya Yingluck, lapor BBC.
Berita

Meta Mohon Maaf Turunkan Hantaran PM Anwar Berhubung Ismail Haniyeh

gempak
06/08/2024
04:55 MYT
Meta Platforms Inc (Meta) membuat permohonan maaf susulan penurunan kandungan daripada akaun Facebook dan Instagram Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, minggu lepas.
Berita

Tun Mahathir Sambut Hari Lahir Ke-99 Hari Ini

gempak
10/07/2024
04:54 MYT
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-99 hari ini.
Viral

Penurunan Harga Telur: Peniaga Lega, Bantu Kurangkan Kos Operasi

gempak
17/06/2024
15:00 MYT
Penurunan harga runcit telur ayam gred A, B, dan C sebanyak 3 sen sebiji berkuat kuasa pada Isnin memberi kelegaan kepada golongan peniaga terutamanya yang melakukan perniagaan kecil-kecilan selain turut disambut baik pengguna di seluruh negara.
Berita

Harga Runcit Telur Gred A, B, C Diturunkan 3 Sen

gempak
17/06/2024
08:21 MYT
Kerajaan memutuskan harga runcit bagi telur gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.