,
Laman Utama

Zahiril Adzim Tak Halang Anak Jadi Artis - "Tapi Anaqi Minat Matematik & ..."

Amri Hassan
14/10/2022
11:56 MYT
Aktor terkenal, Zahiril Adzim, 38, tidak akan menghalang jika anaknya Nadi Anaqi, 9, mengikut jejak langkahnya menceburi bidang seni pada masa depan.
Zahiril berkata, dia dan isterinya, pelakon Shera Aiyob sentiasa menyokong apa saja yang menjadi minat anak tunggal kesayangan itu.
"Saya tidak kisah jika Anaqi ingin menceburi bidang seni. Sebagai ibu bapa, kami akan sentiasa sokong apa yang Anaqi minat.
"Apa yang penting, saya akan memberi tunjuk ajar padanya untuk mencari hala tuju yang betul dalam bidang yang diminatinya itu," katanya.
Namun, kata Zahiril atau nama sebenar, Mohd Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, setakat ini, dia tidak nampak Anaqi meminati bidang seni sepertinya.
"Pada pemerhatian saya, Anaqi kurang meminati bidang seni kerana tidak suka berada depan kamera.
"Anaqi lebih pada bidang pelajaran dan sangat meminati subjek Matematik dan seni kraf," katanya.

Isteri jadi pengurus Zahiril

Mengenai Shera, kata Zahiril, isterinya masih terbabit dalam bidang lakonan selepas melahirkan anak.
"Selain menjadi pengurus saya, Shera masih berlakon jika ada kelapangan dan watak bersesuaian dengannya.
"Terus terang, saya selesa isteri menguruskan kerjaya seni sejak dulu kerana senang kami berbincang dan urusan kerja menjadi lebih mudah," katanya yang sibuk mempromosikan filem terbaru, Siku 12: Langkah Derhaka.
Mengulas filem Siku 12 terbitan Power Team Entertainment Sdn Bhd, Zahiril berkata, dia terima tawaran berlakon kerana tertarik dengan naskhah itu.
Menerusi filem arahan Azhari Zain itu, Zahiril bergandingan dengan aktor terkenal, Syafiq Kyle selaku teraju utama.
Ia dimantapkan dengan barisan pelakon seperti Moon, Lobak, Tuan Asmawi Tuan Umar, Pon Muay Thai, Anas Mentor, Shahmiey Odd, Pak Salleh, Chiang, Azman Ahmad dan Bai Chot.

Pemuda keturunan Siam

Pelakon yang mengukir nama menerusi filem Bunohan dan Pekak itu berkata, dia ditawarkan pengarah untuk berlakon dalam filem Siku 12 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut Azhari, watak pemuda keturunan Siam, A Wut dalam filem Siku 12 sesuai dengannya kerana pernah menonton lakonan dalam filem Bunohan.
"Saya sendiri berminat dengan jalan cerita yang mengangkat seni mempertahankan seni silat Siku 12. Pada masa sama, saya melihat senarai barisan pelakon juga bagus dan berbakat besar," katanya.
Ditanya pengalaman bekerja dengan Azhari, kata Zahiril, dia sudah tahu cara pengarah itu bekerja kerana pernah bekerjasama dengannya.
"Kami pernah bekerjasama dalam filem Dukun Santet. Selaku pengarah, Azhari menerima cadangan pelakon bagaimana mahu menjiwai karakter.
"Azhari juga akan memberi penerangan kepada pelakon memahami dari segi karakter dan koreografi sebelum penggambaran bermula.
"Walaupun suara Azhari kuat ketika memberi arahan kepada pelakon, tetapi saya tidak pernah tertekan sepanjang penggambaran filem ini," katanya.
Filem Siku 12 akan mula ditayangkan di 66 pawagam seluruh Malaysia bermula 27 Oktober ini. Ia juga ditayangkan serentak di Singapura dan Brunei Darussalam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.