,
Laman Utama

Zahirah MacWilson Dedah Syazlin Zainal Pernah Berkongsi Sesuatu... - "Saya Sentiasa Ingat Awak Beritahu Yang ..."

Shahrin Zulkifle
13/11/2022
00:00 MYT
Pemergian Allahyarhamah Syazlin Zainal bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam kepada ahli keluarga dan rakan terdekat, tetapi turut dirasai oleh pelakon Zahirah MacWilson.
Menerusi muat naik di IG Story, Zahirah sempat berkongsi satu kiriman ucapan ringkas beserta sebuah video pendek sewaktu dia dan Allahyarhamah dipertemukan dalam sebuah drama.
Jelas Zahirah, dirinya sentiasa mengingati peribadi Allahyarhamah sebagai seorang yang bersemangat dan mempunyai yang impian tinggi selain memiliki suara yang merdu.
“Saya sentiasa teringat bagaimana awak pernah beritahu saya tentang harapan dan impian awak.
“Saya sentiasa teringat yang saya beritahu awak mempunyai suara yang merdu setiap kali menyanyi.
“Saya sentiasa teringat betapa semangatnya awak setiap kali di set penggambaran.
“Kami rakyat Malaysia bangun pagi ini (Jumaat) menerima berita sedih pemergianmu,” kongsi Zahirah.
Dalam masa sama, aktor berusia 28 tahun itu turut menitipkan doa agar roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan insan yang beriman.
“Semoga awak tenang di sana (alam kematian) sayangku Alin (Syazlin), awak akan sentiasa diingati.
“Terima kasih pernah menjadi adik saya walaupun sekejap,” tambahnya.
Terdahulu, jenazah Allahyarhamah Syazlin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, AU4, Taman Keramat Kuala Lumpur, kira kira jam 10:05 malam Jumaat lalu.
Ratusan hadirin termasuk ahli keluarga, sahabat dan rakan selebriti yang datang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.