gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Anak Saya Beradab & Hormat Orang” – Watie Hanifiah Respon Isu Talita Didakwa Guna Bahasa Kurang Sopan
HIBURAN
Didakwa Tak Wish Birthday Anak, Instagram Aliff Aziz Jadi Sasaran Warganet
HIBURAN
Bapa Hidap Kanser Usus, Amir Raja Lawak Mahu Stesen TV Bayar RM18,000 Kadar Segera! - “Ini Soal Hidup & Mati Abah Saya”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Yusuf Bahrin Nafi Rumah Tangga Bergolak, Jawab Tuduhan Follow Unfollow Zizi Kirana - "Memang Anda Semua Baru Tahu Kot..."

Mya Amri
Mya Amri
15/07/2025
05:55 MYT
Sponsor Banner
Yusuf Bahrin Nafi Rumah Tangga Bergolak, Jawab Tuduhan Follow Unfollow Zizi Kirana - "Memang Anda Semua Baru Tahu Kot..."
Pelakon, Yusuf Bahrin tampil menafikan dakwaan rumah tangganya bersama penyanyi, Zizi Kirana berantakan.

Hubungan dengan isteri baik

Menurut Yusuf, hubungannya bersama Zizi berada dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah, semuanya okay. Saya tidak mempunyai aplikasi Threads, jadi saya tidak tahu mengenai dakwaan tersebut.

“Tetapi setakat ini kami okay. Saya tidak nak beri reaksi apa-apa daripada kenyataan yang dibuat oleh netizen, saya hanya okay kan semua benda,” katanya ketika ditemui Gempak.

Jawab tuduhan follow unfollow isteri

Mengulas mengenai isu ‘unfollow’ di media sosial, kata Yusuf, itu bukanlah perkara baharu dalam hubungan mereka dan tidak seharusnya dijadikan sebagai spekulasi.

“Saya rasa benda itu tak ada apa-apa masalah pun sebab memang anda semua baru tahu kot sebab benda ni dah lama.

“Saya tak pernah follow dia, dan dia tak pernah follow saya. Tak ada apa-apa pun sebenarnya. Saya tak tahu nak cakap apa sebab benda ini orang tak tahu.

“Jadi bila orang dah dapat tahu, saya nak buat apa kan? Saya okay sahaja jangan risau, insya-Allah. Doakan sahaja,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Zizi Kirana Akhirnya ‘Buka Mulut’ Isu Melibatkan Rumah Tangga Dengan Yusuf Bahrin

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Terus Telefon Mak Saya…” - Zizi Kirana Kongsi Momen Sewaktu Dilamar Yusof Bahrin

Sebelum ini, terdapat artikel mendakwa pasangan itu sudah tidak lagi mengikuti laman Instagram masing-masing malah perkongsian Zizi di Threads juga mendapat perhatian.
Lebih menimbulkan tanda tanya, hantaran pelantun lagu Eh itu dalam aplikasi Threads baru-baru ini sarat dengan kata-kata berbaur luahan hati dan penuh makna tersirat.
Sekadar info, Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan.
Topic Berkaitan
#Kontroversi
#Zizi Kirana
#Rumah tangga
#Yusuf Bahrin
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement