,
Laman Utama

Yusof Haslam Menangis Rindukan Syamsul - “Kepada Anak Saya…”

Asyikin Mayudin
29/10/2023
23:50 MYT
Pengarah Yusof Haslam mendedahkan anak lelakinya iaitu pengarah Syamsul Yusof sudah lama tidak menghubungi dan bertemu dengannya.
Tiada perasaan marah, Yusof bagaimanapun memberi masa dan ruang untuk Syamsul yang berkemungkinan ada terasa hati dengannya dan isteri, Datin Patimah.
“Tak salah tahun lepas masa mak mentua saya sakit (berhubung). Ibu dia ada hubungi, masa itu saya ada berbual sekejap.
“Tapi sebelum itu, dah bertahun dia tak balik. Tak apa saya tak marah, tak anggap bukan-bukan. Sebagai anak, mungkin ada benda yang dia tak puas hati dengan ibunya atau dengan saya.
“Bagi saya, tak apalah kami bagi masa. Terserah kepada Syamsul untuk balik berjumpa dengan ibunya. Kalau dia tak nak balik pun, terserah. Tepuk dada tanya selera,” katanya.
Sentiasa mendoakan yang terbaik, Yusof turut berpesan kepada Syamsul agar cepat-cepat bertemu dengannya sebelum terlambat.
“Kami sudah nak menjangkau 70 tahun pada tahun depan. Ramai rakan seperjuangan saya sudah pergi. Kepada anak saya, jangan tunggu sampai bapa kau sudah tak ada baru nak cari.
“Jangan anggap apa yang ibu bapa luah itu sebagai untuk merendahkan kamu. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik.
“Papa rasa jiwa kamu akan lagi tenang apabila kamu berbaik dengan ibu terutamanya serta keluarga. Wang bukan segala-segalanya. Dalam solat kami sentiasa doakan yang terbaik,” ujarnya.
Dalam pada itu, Yusof gagal menahan air mata dan mengakui sudah penat dengan kontroversi keluarganya yang masih belum menemui jalan pendamaian.
“Kami sedih..(menangis) Of course kami sayang dengan anak. Saya sudah letih dengan semua ini. Jiwa saya dengan Datin Patimah sudah tenang.
“Kami sudah terima semua ini dengan apa yang berlaku. Saya doakan agar filem-filem Syamsul mendapat sambutan yang baik. Papa tetap akan menyokong kamu,” katanya lagi.
BACA SINI: “Bismillah…” - Selepas Munafik 2, Syamsul Yusof Bakal Muncul Dengan Filem Seram Baru
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

gempak
16/09/2024
02:22 MYT
Pengarah Datuk Yusof Haslam menyatakan dirinya tidak menolak sekiranya Syamsul Yusof kembali berjodohan dengan Puteri Sarah.
Hiburan

Yusof Haslam Dedah Syamsul Yusof Rindu Masakan Ibu, Gembira Anak Balik Ke Pangkuan Keluarga - “Alhamdulillah…”

gempak
15/09/2024
02:03 MYT
Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mendedahkan dirinya tidak mencampuri urusan perpisahan antara Syamsul Yusof dan bekas isteri, Ira Kazar.
Hiburan

Syamsul Yusof Kembali Kepada Pangkuan Ibu Bapa

gempak
11/09/2024
15:45 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya.
Hiburan

Terima Kasih Kerana Doakan Baik-Baik Untuk Saya - Syamsul Yusof

gempak
05/09/2024
04:17 MYT
Pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pengikutnya yang mendoakan kebaikan buat dirinya.
Hiburan

Ira Kazar Enggan Komen Selepas Sah Cerai Talak Satu

gempak
05/09/2024
03:56 MYT
Anak kepada pelakon, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar sah bercerai talak satu dengan pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, hari ini.