,
Hiburan

Yura Yunita Intai Peluang Lebarkan Kerjaya Di Malaysia

Kamaruddin Razal
18/03/2019
21:45 MYT
Penyanyi yang sedang mencipta nama di Indonesia, Yura Yunita mengintai peluang untuk melebarkan sayap muziknya di Malaysia.
Hadir mempromosikan album keduanya yang berjudul Merakit, Yura diberi peluang untuk menjadi artis pembuka panggung untuk konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour yang berlangsung pada Sabtu lalu di Axiata Arena, Bukit Jalil.
"Sudah seminggu saya berada di Malaysia untuk mempromosikan album Merakit. Saya sangat senang dengan penerimaan pihak media dan peminat di Malaysia. Saya mahu kedatangan saya menjadi pembuka jalan untuk melebarkan sayap kerjaya di Malaysia.
"Saya juga bersyukur kerana mendapat peluang keemasan menyanyi di segmen pembukaan untuk konsert Siti. Siti merupakan idola saya dalam bidang muzik dan peluang terbabit saya gunakan sebagai salam perkenalan kepada peminat muzik Malaysia.
"Sejujurnya, saya kagum dengan Siti kerana dia bukan sahaja berjaya dalam lapangan muzik yang diceburinya, Siti juga merupakan seorang penyanyi yang mempunyai personaliti menyenangkan," kata Yura yang ditemui di sidang media promosi album keduanya di Malaysia pada Jumaat lalu di Alila Bangsar.
Tambah Yura, dia juga sering mendapat mesej kiriman peminat Malaysia di laman Instagram miliknya.
"Saban hari, saya sering mendapat Direct Message (DM) peminat Malaysia yang meminati muzik saya. Ada juga bertanya, bila saya datang ke Malaysia.
"Saya berharap kunjungan saya kali ini membuka banyak lagi jalan dan peluang untuk terus berkarya di Malaysia," katanya yang popular menerusi lagu Buka Hati.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.