,
Hiburan

Yuna Bakal Hiburkan Peminat Di Supalapa Festival - “Akan Ada Banyak Benda Yang Menarik”

Asyikin Mayudin
29/02/2024
05:56 MYT
Penyanyi Yuna melahirkan rasa teruja untuk membuat persembahan di Supalapa Festival yang bakal berlangsung selama dua hari pada 2 dan 3 Mac ini di Resorts World Awana, Genting Highlands.
BERITA TRENDING: Supalapa Himpunkan 40 Bintang Antarabangsa, Layan EDM, Pop & Kpop Di Genting Highlands Mac Nanti!
Diberi masa selama satu jam untuk menghiburkan peminat, Yuna memberitahu persembahan itu juga merupakan kesinambungan konsert Yunaverse yang diadakan pada tahun lalu.
“Untuk festival nanti, saya diberi masa satu jam untuk persembahan. Sebenarnya, show ini kesinambungan show Yunaverse pada tahun lalu. Ada beberapa lagu yang sama dengan set waktu itu.
“Tapi sebab set masa untuk festival ini pendek sikit sebab festival kan. Jadi, kita cuba untuk memampatkan show itu menjadi satu jam persembahan. Ada penari, saya akan nyanyi lagu lama dan baru.
“Akan ada banyak benda yang menarik dan saya sangat teruja nak membuat persembahan untuk peminat Malaysia lagi sekali,” katanya kepada Gempak.
Lebih 40 bintang antarabangsa bersama karyawan tempatan dengan pelbagai genre muzik dan hiburan tanpa had dihimpunkan sepanjang tempoh penganjuran sulung Festival Supalapa.
Tiësto, The Kid Laroi, EAJ, Somi, XG, Ali Gatie, Armani White, Tones and I, Ian Asher, Keemokazi, Paul Van Dyk, Rave Republic, Notep, antara lebih 40 nama bintang ternama antarabangsa yang sedia menanti peminat pada festival yang berlangsung selama dua hari ini.
Bersama mereka, bintang tempatan Yuna, Siaxse, Kidd Santhe, Talitha, Cluadia, Belle Sisoski,Jovynn, Coex, Forceparkbois & DJ Ziqq Axel Groovejuga siap membuat pengunjung teruja dengan persembahan mereka.
Dan di Festival Supalapa ini, pengunjung yang hadir boleh menikmati tiga genre muzik sekaligus dari EDM, Pop dan K POP.
Kesemua genre muzik ini kemudian dipersembahkan dalam panggung masing-masing iaitu di Live Stage, EDM Stage dan Pool Stage.
Tidak cukup lagi, acara ini bukan sekadar hiburan berkaitan muzik tetapi di Festival Supalapa pengunjung akan melalui banyak pengalaman perdana kali yang tidak didapatkan dalam acara hiburan sebelum ini.
Di Festival Supalapa, melalui pembayaran secara sistem RFID yang pertama kali seumpamanya, pengunjung berhak menikmati pelbagai keseronokkan termasuk pengalaman di Wrestling Ring, Bali Swing, Carnival Games dan Silent Cinema.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: 10 Peserta Ke Pentas Akhir, Langkah 2 Peserta Terhenti… Jom Semak Markah Penuh Minggu Separuh Akhir

gempak
08/09/2024
20:55 MYT
Peserta Farhan Mustapha unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu Separuh Akhir Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: 12 Peserta Melangkah Ke Separuh Akhir, Dua Tugasan Menanti… Jom Semak Markah Penuh Minggu Keenam Semua Peserta

gempak
01/09/2024
20:55 MYT
Peserta Shazreen Shaharum unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu keenam Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
Hiburan

Sering Diminta Untuk Tanggal Hijab, Yuna Harap Haters Dilembutkan Hati – “Unfollow Saya Kalau Rindu Yuna Yang Dulu”

gempak
28/08/2024
21:55 MYT
Penyanyi Yuna mempersoalkan sikap sesetengah netizen yang sering mencari kesalahan terhadap dirinya seperti mengkritik pemakaiannya.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Syaffiq Sahli Raih Markah Tertinggi, Mofanora Tersingkir.. Jom Semak Markah Penuh Minggu Keempat Semua Peserta

gempak
18/08/2024
21:55 MYT
Peserta Syaffiq Sahli unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu keempat Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Pertama Kali Nyanyi Lagu Dangdut Sampai Juri Menari Sakan, Farhan Mustapha; "Ada Tekanan, Tapi..."

gempak
06/08/2024
02:55 MYT
Peserta Gimme The Mic Malaysia, Farhan Mustapha bersyukur apabila meraih kedudukan pertama pada minggu ketiga Gimme The Mic Malaysia.