,
Berita

Yayasan Artis 1Malaysia Sudah Tukar Nama

Elrafaei Sapi
25/06/2018
09:05 MYT
Badan bukan kerajaan, Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) yang diketuai penyanyi legenda, Datuk DJ Dave kini menukarkan nama mereka kepada Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT).
Sebelum ini, YA1M yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada dan mulai dari 25 haribulan Jun, 2012 dan merupakan Syarikat Berhad sebelum bertukar nama baru pada 5 Jun lalu.
Merujuk status di Instagram @yayasankebajikanartistanahair, nama pertubuhan itu ditukar selaras dan sinonim dengan misi, visi dan agenda iaitu mengenai kebajikan artis, pembelaan nasib artis tidak mengira bangsa, agama, budaya dan adat resam, tua dan muda untuk bersatu agar nasib artis-artis tanahair terbela ke arah yang lebih baik.
"Kategori pembelaan dan kebaiikan artis tempatan masih lagi merangkumi penyanyi, pemuzik dan pelakon," katanya.
YKAT dianggotai 9 ahli Pemegang Amanah terdiri daripada Datuk Irwan Shah Abdullah @ DJ Dave selaku Pengerusi, Datuk M. Nasir (Naib Pengerusi), Datuk A Rahman Hassan, Datuk Yusof Haslam dan Mej. Jen Datuk Khairuddin Abu Bakar (rtd).
Turut serta Datuk Jamaluddin Elias (Nash), Datuk Nancie Foo, Colin Lionel Edmonds dan S. Kanagarajan dan juga Lisza Abd Kadir sebagai Pengurus Besar YKAT.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: FB @yayasankebajikanartistanahair
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"2 Hari Siap 13 Episod" - DJ Dave Kembali Mengacara Selepas 20 Tahun

gempak
03/08/2020
05:45 MYT
Berita

"Kalau Saya Dah Tak Larat Satu Hari Nanti Pun..." - DJ Dave Dah 48 Tahun Sambut Birthday Bersama Golongan Kurang Bernasib Baik, Ini Alasannya..

gempak
14/02/2020
10:21 MYT
Hiburan

Wartawan Hiburan Bukan Hanya Tulis Berita Artis Semata-Mata Tapi Juga ...

gempak
26/05/2019
04:55 MYT