,
Laman Utama

Yatt Tunai Umrah Seorang Diri - "Baby Zubayr Baru 3 Bulan & Masih Menyusu Badan"

Asraf Aided
29/10/2021
08:30 MYT
Pelakon Yatt Hamzah meninggalkan lima orang anaknya di Malaysia untuk menjalankan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.
Menurut Yatt, ini adalah kali pertama dia berpisah lama dengan anak-anaknya, dan paling memilukan anak kecilnya, Zubayr yang baru berusia tiga bulan masih menyusu badan.
Bagaimanapun, Yatt menyerahkan segalanya di bawah pengawasan Allah SWT.
"Ya Allah aku tinggalkan anak-anakku di bawah pengawasan dan jagaan-Mu wahai Yang Maha Berkuasa.
"Pertama kali berpisah lama dengan anak-anak dan paling sakit adalah terpaksa tinggalkan baby Zubayr yang baru tiga bulan dan masih menyusu badan," coretnya di Instagram.
Yatt berpesan kepada anak sulungnya, Hanania untuk sentiasa menjaga adik-adiknya, begitu juga kepada anak yang lain supaya mereka mendengar kata-kata bapa dan kakak mereka.
"Wallahi tak mudah, bonda tak kuat tapi Insya-Allah jagaan Allah yang paling baik.
"Anak-anak bonda pergi sekejap je jumpa Rasulullah SAW, Jaga diri baik-baik ya. Dengar cakap Abah dan Kakak Nia. Kakak @suci.hananiamalikaam bonda amanahkan akak empat orang adikmu ya, jangan garang-garang tau," kongsinya lagi.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Yatt mendoakan agar urusannya menunaikan umrah berseorangan dipermudahkan oleh Allah.
Yatt mendirikan rumah tangga bersama Zulfahdli pada Februari 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Suci Humaira Iqima, Suci Hayfa Medina, 3, dan Suci Hawa Zulaikha yang kini berusia setahun.
Sebelum itu, Yatt turut mempunyai seorang anak, Suci Hanania Malika, 9, hasil perkahwinan pertamanya dengan Abdul Mutalib Shukor.
Pada Julai lalu, Yatt selamat melahirkan cahaya mata bongsunya, Sayf Mohammed Zubayr.
***Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Unitar