,
Laman Utama

Yatt Hamzah Syukur Dapat Merasa Jadi Cleaner Masjid Nabawi - "Aku Amat Teringin Mati Di Sini"

Amri Hassan
02/11/2021
02:32 MYT
Pelakon Yatt Hamzah gembira apabila diberikan peluang untuk membersihkan masjid kedua paling suci bagi umat Islam, Masjid Nabawi.
Berkongsi hantaran di media sosial, kata Yatt, dia sudah lama berhajat untuk membantu pekerja-pekerja pembersihan di masjid tersebut namun belum pernah diberikan peluang.
BACA: Zuhudnya! Azmin Ali Bantu Lap Air Hujan Di Masjidilharam - "Syukur Dapat Menyumbang Khidmat & Tenaga"
"Semalam lepas Asar, Bonda (panggilannya) dapat peluang bersihkan Masjid Nabi SAW. Perasaannya luar biasa, masya-Allah walaupun hanya sekejap,” jelasnya.
"Memang dah lama teringin nak membantu pekerja-pekerja kebersihan dalam Masjid Nabawi sebab Bonda memang sangat suka membersihkan rumah. Tak suka nampak kotor.
"Alhamdulillah direzekikan dapat merasa jadi ‘cleaner’ (pekerja pembersihan) di Masjid Nabawi. Alhamdulillah," katanya yang membersihkan karpet masjid menggunakan penyedut hampagas.
Dalam pada itu, Yatt memberitahu impiannya untuk membawa keluarga menetap di Madinah dan membesarkan anak-anaknya di sana.
"Ya Allah, aku teringin sangat membawa keluargaku untuk menetap di Madinah. Aku sangat teringin anak-anakku bersekolah, membesar di Madinah dan aku amat teringin untuk mati di sini (Madinah).
"Jika pada perkiraan-Mu, andai salah satu cara untuk berada di sini adalah dengan menjadi seorang pekerja pembersihan, aku amat berbesar hati Ya Allah.
"Aku amat berbangga andai dapat berkhidmat di sini buat Rasulullah SAW. Kau makbulkanlah doa-doaku ini wahai Tuhan yang Maha memakbulkan doa," tambahnya.
Yatt berlepas ke tanah haram pada 29 Oktober lalu seorang diri tanpa ditemani ahli keluarga atau suaminya.
BACA: Suami Mira Filzah Pernah 'Terperangkap' Dalam Taman Syurga Raudhah
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.