gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ada Hubungan Istimewa Dengan DJ Internasional? Ini Respons Sabronzo Dolla - “Saya Terharu Ramai Nak Tahu…”
VIRAL
"Tolong Jangan Asyik Tambah Anak" - Datuk Bandar Tegur Golongan Miskin
BERITA
Afdlin Balas Rafizi: 'Saya Pelawak, Tapi Dipilih Akar Umbi'
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Yatie Sedih Tak Dapat Bersama Feminin Di Konsert GenKRU - “Kalau Bukan Sebab…”

gempak
Asyikin Mayudin
12/05/2025
23:55 MYT
Sponsor Banner
Yatie Sedih Tak Dapat Bersama Feminin Di Konsert GenKRU - “Kalau Bukan Sebab…”
Kemunculan kumpulan Feminin di Konsert GenKRU 2025 yang berlangsung di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad sememangnya mengubat rindu peminat mereka.

Faktor kerja

Biarpun berpuas hati dengan persembahan mereka, namun ada juga peminat yang merindukan anggota asal iaitu Yatie yang tidak dapat bersama pada malam itu.
Terkejut menerima banyak permintaan menjadi pengikut di laman Instagram, Yatie memberitahu dia tidak dapat bersama-sama rakan seperjuangannya disebabkan dalam perjalanan ke Dhaka atas urusan kerja.

“Tiba-tiba IG saya penuh dengan request. Maaf semua, tak dapat nak datang ke konsert. Saya dalam perjalanan ke Dhaka ketika itu.

“Kalau bukan sebab kerja, saya sangat teruja nak berada di sana dan mengimbau kembali kenangan lama. Sedih,” kongsinya.
Pada malam konsert itu, hanya tiga orang sahaja anggota Feminin iaitu As, Watie dan Along membuat persembahan manakala Deqnor dan Yatie tidak dapat bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: KRU Ukir Sejarah, Konsert GenKRU Terima Dua Pengiktirafan Malaysia Book of Records

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Diiktiraf Malaysia Book of Records, Feminin Muncul Di Malam Ke-4, Konsert GENKru Memang Fenomena

Kumpulan KRU melakar sejarah apabila menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR) menerusi pencapaian luar biasa dan penuh fenomena di atas penganjuran Konsert GenKRU 2025 selama empat hari yang berlangsung di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Malaysia Book of Records memberi pengiktirafan kepada trio adik-beradik yang terdiri daripada Datuk Norman Abdul Halim, Yusry dan Edry menerusi penganugerahan MOST SHOW IN A SINGLE CONCERTS SERIES (Persembahan Terbanyak Dilakukan Dalam Satu Siri Konsert).
KRU telah melakukan persembahan konsert selama empat malam iaitu pada tarikh 3, 4, 10 dan 11 Mei 2025.
Konsert GENKru yang sudah dihadiri oleh lebih 30,000 peminat turut menyaksikan kemunculan istimewa undangan khas seperti kumpulan Feminin, Elite dan Adam AF.
Topic Berkaitan
#KRU
#Along
#AS
#Feminin
#Watie
#Konsert GenKRU
#Kumpulan Feminin
#Yatie
Must-Watch Video