,
Viral

"Yang Unlike Mesti Tengah Terbakar!" - Cover Lagu Lathi Versi Nasyid, Rabithah Tarbiah Netizen Cara Sendiri

Amri Hassan
11/06/2020
08:23 MYT
Selain Lathi Challenge, ramai juga yang membuat nyanyian semula (cover) lagu yang dinyanyikan oleh Weird Genius dan Sara Fajira itu.
Popular dengan irama nasyid dan mesej berunsur nasihat, Rabithah mengambil pendekatan menyampaikan dakwah menerusi lagu tersebut.
"Tujuan kami cover lagu ini ialah untuk memberikan alternatif dan mesej kepada semua melalui medium lagu.
"Kita pun tahu sekarang ada orang sanggup buat make up menyerupai iblis, buka aurat dan sebagainya, maka kami nasihat lagu dengan lagu, tapi diubah liriknya agar mesejnya sampai," kata wakil kumpulan nasyid Rabithah.
Antara lirik yang menyentuh hati ramai seperti; "Zaman ini manusia seolah berlumba ke neraka."
Sejak dimuat naik pada 7 Jun lalu, lagu Lathi versi Rabithah telah ditonton lebih 160,000 kali di YouTube.
"Ini adalah bukti ramai sebenarnya anak muda yang dahagakan lagu-lagu dakwah dan nak berubah jadi lebih baik," tambah mereka.
Dalam pada itu, ramai yang memberikan komen positif daripada lirik dan gubahan muzik baharu Rabithah.
"Terkedu, sebab lirik dia tak tipu, betul, ramai orang kejar neraka, kiamat dah nak dekat tapi perbuatan seolah-olah ke neraka," kata Maisarah Rahimi.
"Yang unlike mesti tengah terbakar ," tambah Umair Razak.
"Saya dengar lagu ini terasa seolah-olah dekat baginda Nabi Muhammad S.A.W. Banyaknya dosa kita semua," tulis Najib Haiqal.
Malah, ada yang meminta agar aplikasi yang melalaikan seperti Tik Tok terus diharamkan.
Lagu Lathi yang menggabungkan elemen gamelan Jawa dan EDM menjadi fenomena apabila ramai yang menyahut cabaran #LathiChallenge di media sosial.
Situasi itu mencetuskan kegusaran ramai akan perbuatan menyeru dan menyerupai makhluk lain seperti iblis dan syaitan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Artis

5 Lagu Viral di Tahun 2020

gempak
25/12/2020
11:08 MYT
Nusantara

Bawa Pulang Penghargaan Bergengsi AMI Awards 2020, Dominasi NOAH “Diganggu” Weird Genius

gempak
27/11/2020
08:11 MYT
Nusantara

Lagu Lathi Capai 100 Juta Strim, Poster Weird Genius Terpampang Di New York!

gempak
13/07/2020
07:01 MYT
Nusantara

Reza Arap Titip Pesan setelah Foto Weird Genius Terpampang di Time Square, NY

gempak
13/07/2020
05:47 MYT
Nusantara

Weird Genius Klarifikasi Unsur Pemujaan, Mengaku Senang Lagu Lathi jadi Fenomena

gempak
10/06/2020
06:14 MYT