,
Laman Utama

“Yang Suka, Suka, Tak Suka Tak Apa” - Pernah Dihina Rakan Selebriti, Shiha Zikir Dah Maafkan

Mya Amri
31/05/2022
02:45 MYT
Penyanyi dan pelakon, Shiha Zikir enggan mengulas lanjut mengenai selebriti yang didakwa memperkecilkan bakatnya dalam dunia lakonan.
Menurut Shiha, dia sudah pun memaafkan individu tersebut dan sekaligus mahu melupakan perkara itu.
I have no komen, saya dah berjanji dengan keluarga saya. Biar Tuhan sahajalah yang tahu. Mungkin dia tak ada niat apa-apa, mungkin saya yang touching.
“Mungkin juga saya yang mudah terasa… Saya sensitif orangnya, nampak happy go lucky tapi sangat berdendam orangnya. Suka simpan, hati tisu.
“Saya tak nak komen apa-apa. Saya percaya, dia tiada niat sebab dia orang yang sangat baik,” katanya kepada Gempak.
Shiha ditemui selepas sidang media AME2021 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.
Bagaimanapun kata Shiha, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya meletakkan segala kesalahan ke atas dirinya.
“Bila fikir balik saya rasa saya yang cepat terasa kot? Saya rasa, sebab kadang-kadang bila orang terlalu outspoken dengan saya, kadang saya terlupa mungkin orang tu selesa sangat dengan saya.
“Setiap benda negatif yang terjadi saya letak benda itu dekat saya, mungkin salah saya. Cepat terasa dan saya percaya dia tiada niat.
“Benar, saya telah memaafkan dia. Saya tidak mahu simpan apa-apa, dengan sesiapa pun saya tak nak.
“Sama ada orang yang saya kenal ke, mereka di media sosial ke saya tak akan simpan dalam hati.
“Saya maafkan semuanya dengan sepenuh hati saya. Yang mana suka terima kasih banyak-banyak, yang tak suka tak mengapa,” ujarnya.
AME2021 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad ini menyaksikan Shiha dinobatkan sebagai Top Top MeleTOP Wanita.
Secara keseluruhan Shiha memenangi lima trofi menerusi kategori Artis Versatil MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP menerusi filem Hantu Bonceng, Duo/Berkumpulan MeleTOP, Lagu MeleTOP bersama Noki K-Clique menerusi AEWO dan Top Top MeleTOP Wanita.
Terdahulu, Shiha mendedahkan pernah menerima teguran daripada seorang pelakon senior yang meragui bakatnya di hadapan kamera.
Paling memalukan apabila Shiha memberitahu dia telah ditegur di hadapan orang ramai namun mengambil keputusan mendiamkan diri dan enggan mendedahkan siapa gerangan pelakon tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Baju Kahwin Dah Siap Tiga Tahun Lepas" - Shiha, Arul Usaha Kahwin Tahun Ini, Enggan Tabur Janji Manis Kepada Peminat

gempak
13/06/2024
02:25 MYT
15 tahun menjalinkan hubungan cinta, penyanyi Shiha Zikir dan kekasihnya, Arul Arifin Baharun akui sudah bersedia untuk berumah tangga.
Hiburan

Shiha Kerap Mimpi Ngeri Dibelit Ular Hitam, Minta Doa Ustaz Elak Kena Sihir - "Banyak Kali Orang Datang Kedai, Nampak Tutup Je"

gempak
12/06/2024
09:50 MYT
Penyanyi dan usahawan popular Shiha Zikir mendedahkan pernah berlaku beberapa peristiwa misteri melibatkan perniagaan yang diusahakan terutama di restoran Shiha Zikir Nasi Ayam di Kampung Baharu, Kuala Lumpur sejak 2023.
Hiburan

Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”

gempak
20/04/2024
06:57 MYT
Jangan tanya soalan sensitif.
Hiburan

Bukan Propa! Rupanya Shiha Zikir Memang Menyanyi Sambil Terapung, Siap Hire Magician - “Pening Kepala Dan Tahan Muntah…”

gempak
07/03/2024
09:55 MYT
Tak propa ye, semua tu real
Hiburan

Shiha Zikir Tak Tiru Persembahan Artis K-pop - "Mungkin Kebetulan, Kalau Kita Berdiri Menyanyi Pun Semua Orang Buat"

gempak
05/03/2024
02:55 MYT
Shiha Zikir tak tiru mana-mana artis