,
Laman Utama

“Yang Penting Saya Tak Minta…” – Dafi Nafi Guna Status Anak PM Dapat Berlakon Dalam Malbatt: Misi Bakara

Shahrin Zulkifle
11/09/2022
09:00 MYT
Penyanyi dan pelakon, Dafi Ismail menafikan dakwaan dirinya dipilih sebagai salah seorang pelakon filem Malbatt: Misi Bakara adalah untuk memanfaatkan statusnya sebagai anak kepada Perdana Menteri Malaysia ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menepis dakwaan tersebut, Dafi menjelaskan dia dan pengarah filem berkenaan, Adriah Teh sudahpun mempunyai hubungan baik seawal mereka bekerjasama menerusi filem Ada Hantu 1.
“Tiada apa yang saya boleh cakap andai netizen akan memperkatakan hal ini, yang penting saya tak minta tawaran ini.
“Sebelum ini Adrian pernah buat filem PASKAL jadi dia sudah ada hubungan baik dengan pihak tentera sejak itu lagi, sementara saya pula kenal Adrian selepas daripada waktu itu menerusi filem Ada Hantu 1.
“Hubungan kerjasama ini wujud sejak sebelum ayah saya jadi PM lagi. Malah tawaran ini saya dah terima terlebih dahulu barulah ayah saya tahu, jadi bukanlah disebabkan ayah saya dapat tawaran kerja ini,” katanya kepada Gempak.
Dafi ditemui ketika sesi sidang media dan pelancaran filem itu yang berlangsung di Hotel Berjaya Time Square, Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Tambah pelantun lagu Bila Terasa Rindu itu lagi, dia tidak menolak sekiranya ada pihak yang memberikan layan istimewa buatnya. Malah dia akan berasa syukur dengan layanan tersebut.
“Saya harap orang tidak salah faham dengan apa yang saya cakap ini, saya tak rasa yang saya ada keistimewaan apabila orang bercakap tentang status anak Perdana Menteri itu.
“Tapi seandainya ada pihak yang melayan saya istimewa tanpa saya minta, saya terima sahaja la. Itu bukan sesuatu yang perlu saya tolak, sebaliknya saya bersyukur.
“Jadi terima kasih kepada ayah saya sebab bekerja keras, saya tumpang sikit je,” tambahnya lagi.
Selain Dafi, Malbatt: Misi Bakara turut membariskan pelakon tanah air lain seperti Adlin Aman Ramlie, FauziNawawi, Bront Palarae, Zahiril Adzim, Hairul Azreen, Iedil Dzuhrie, Syazwan Zulkifly, Shaheizy Sam, Nafiez Zaidi, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Ikhram Juhari, Safwan Nazri, Gambit Saifullah dan Theebaan G.
Filem terbitan lima syarikat gergasi iaitu Berjaya Pictures, Act 2 Pictures, Fast Bikes, AuruInvestments Limited, Golden Screen Cinemas, Astro Shaw dan dipersembahkan oleh Tentera Darat Malaysia dijangka menemui penonton seluruh Malaysia pada Ogos tahun hadapan.
Terdahulu, produksi filem itu mengumumkan kos pembikinan Malbatt: Misi Kembara telah menelan belanja sebanyak RM20 juta sekaligus bakal menjadi produksi filem termahal dalam sejarah produksi filem tempatan. BACA: Malbatt: Misi Bakara Telan Belanja RM20 Juta, Pengarah – “Kami Perlu Membina…”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Astro Shaw Rai Kemenangan Cheah Liek Hou Hadiahkan Pingat Emas Pertama Malaysia, Filem Gold Ditayang Semula Di Pawagam

gempak
03/09/2024
08:29 MYT
Jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou berjaya mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas muncul juara menerusi acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), sekali gus menyumbang emas pertama untuk Malaysia tahun ini.
Keluang Man

CEO Etika Teruja Jalin Kerjasama Dengan Astro Shaw, Tak Sabar Tunggu Filem Keluang Man

gempak
27/08/2024
15:24 MYT
Tayangan filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man sememangnya amat dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Keluang Man

Astro Shaw Umum Keluang Man Tamat Penggambaran, Banyak Benda Menarik Menanti Penonton

gempak
26/08/2024
10:47 MYT
Penerbit filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man iaitu Astro Shaw bersama salah satu jenama kopi sedia diminum (RTD) terkemuka di Malaysia, Wonda Coffee baru sahaja ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’.
Filem

Pertama Dalam Industri Filem Malaysia, Astro Shaw Perkenalkan Trend Treler Multi-Programmatik

gempak
26/08/2024
07:45 MYT
Baik Punya Ah Long menjadi filem pertama di Malaysia yang menampilkan beberapa treler berbeza untuk ditayangkan di pawagam.
Filem

Tolong Pergi Tonton Takluk: Lahad Datu, Ini Bukan Filem ‘Cikai’ & ‘Action Story’ Yang ‘Superb’

gempak
24/08/2024
04:00 MYT
Setiap pelakon dilihat seperti bukan berlakon tetapi benar-benar menghayati ‘roh’ seorang wira yang sedang mempertahankan negara dengan sepenuh jiwa dan raga.