BERITA
"Yang Dia Belikan Untuk Aku Kasut Bola Je, Sebab ....." - Fizo Omar Imbau Kenangan Bersama Ayah
Pelakon dan usahawan Fizo Omar berkongsi luahan rasa mengenai ayahnya, Wan Omar dalam membesarkan dirinya bersama adik beradik yang lain.
Menerusi entri di Instagram (IG), Fizo berkongsi pengalaman semasa waktu kanak-kanak bersama ayahnya dalam mencari duit menampung pebelanjaan harian.
"Al-Fatihah for my hero, satu ketika dulu aku pernah memberontak dengan Ayah aku sendiri, mana taknya budak-budak lain kawan-kawan aku bebas je balik sekolah boleh nak pergi mana dan main macam-macam, tapi aku pagi-pagi buta aku dah kene masuk ladang bapak aku kat belakang rumah, ada lebih kurang 12 ekar ladang limau nipis dan ade bela skali lebih kurang 10 000 ekor itik.
"Kerja aku kena kutip telur itik tu satu-satu dan cuci najisnya guna pisau (tak leh basuh dengan air nanti rosak). Bukan sikit tau. Ko bayangkanlah kalau ade 10 ribu ekor itik, ko rasa telurnya berape biji? Tu lah keje kita orang adik beradik. Balik sekolah bapak aku bawak aku pergi cari customers plak dan lama-lama dia suruh aku cari sendiri customers aku.
"Ko tahu upah aku berapa? Aku dapat 2 sen je sebiji. Berdesing jugak la telinga, tapi dah itu cara aku nak dapat duit, kalau nak banyak kene rajin lah jawab dia dan bapak aku pula tak ada maknanya nak bagi duit senang-senang kalau aku nak beli itu ini. Duit skolah je dia bagi dan kalau ko buat benda lain, tu ko nampak telur itik bersepah dan buah limau kat pokok tu, hah tu lah duit ko. Senang cakap dia memang kedekut giler la," tulisnya.
Tambah Fizo, ayahnya cuma akan membeli kasut bola sahaja kepadanya kerana mahu melihat Fizo bergelar seorang pemain bola sepak dan mewakili Malaysia.
"Yang dia belikan untuk aku kasut bola je, sebab dia nak sangat tengok aku main bola sampai dapat wakil Malaysia dan dia tak pernah bagi anak-anak ni kemewahan. Dah la kene cari duit sendiri dan kalau dia tahu kiteorng dapat duit lebih buat keje tu dia akan ambik balik dan terus bawa pergi bank dan masuk akaun, nak belanja amik sikit-sikit je.
"Bengang weh aku dah plan macam-macam nak beli ni, kadang-kadang aku songlap juga la, kalau tak lambat la aku nak kumpul duit beli aksesori basikal masa tu. Kitaorng adik-beradik memang tak puas hati.
"Bila masuk Universiti aku sibuk nak pakai kete. alah kancil je bukan aku minta lambo ke apa. Macam biasalah aku kene cari duit sendiri nak bayar kete kancil aku masa kat uitm arau dulu. Malam-malam aku jual nasi lemak untung 20 sen je sebungkus, up sikitla dengan telur itik tu. hahhaha. Atleast dengan duit nasi lemak tu lepas la aku buat bayar ansuran kete RM 180 sebulan dan kete tu aku buat sewa plak. Kira masyuk gak la time tu," tulisnya.
Rata-rata tersentuh dengan luahan yang dilakukan oleh Fizo dan kagum apabila melihat kejayaannya pada hari ini dalam mengubah nasib hidupnya serta keluarga.
Bapa Fizo Omar telah meninggal dunia pada 5 Julai 2011, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan akibat mengalami masalah ketumbuhan.
Must-Watch Video