,
Laman Utama

Yak Yak Yey! Tepati Ramalan, Bell Ngasri Diumum Bintang Paling Popular! Ini Senarai Penuh Pemenang ABPBH 35

Mya Amri
21/07/2023
16:03 MYT
Pelakon dan pelawak, Bell Ngasri dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH) yang berlangsung malam tadi.
Bell berjaya menewaskan calon favourite lain iaitu Aina Abdul, Amir Masdi, Anna Jobling, Bell Ngasri, Ben Amir, Ernie Zakri, Khai Bahar, Meerqeen, Sharifah Rose dan Siti Nordiana.
Sebelum itu Bell atau nama sebenarnya Ngasrizal Ngasri, memenangi kategori Artis Komedi Popular.
“Alhamdulillah dengan kemenangan dan rezeki ini dan terima kasih semua yang menyokong kerjaya saya.
"Terima kasih juga kepada ibu saya yang sanggup bawa saya naik bas dan susukan saya sejak kecil dan menceburkan diri dalam bidang seni
"Juga terima kasih kepada Allahyarham Mamat Khalid yang mencipta watak Barkoba," katanya.
Sementara itu, Anugerah Khas Eksplorasi Seni ABPBH 35 telah diberikan kepada Yuna yang menempa nama di Amerika Syarikat dan mengembangkan kerjaya seninya sejak 10 tahun lalu.
Manakala Tan Sri Michelle Yeoh pula diangkat sebagai penerima Anugerah Ekspresi Legasi Seni ABPBH 35.
Majlis anugerah yang bersiaran di Istana Budaya itu dihoskan oleh Johan dan Ain Edruce.
ABPBH 35 diserikan lagi dengan persembahan bertenaga daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Sufian Suhaimi, Luqman Podolski, Datuk Ramli Sarip dan ramai lagi.
Berikut merupakan senarai penuh pemenang ABPBH 35:
BBNU LELAKI POPULAR Amir Ahnaf
BBNU WANITA POPULAR Anna Jobling
PENYANYI LELAKI POPULAR Khai Bahar
PENYANYI WANITA POPULAR Aina Abdul
ARTIS KOLABORASI/DUO/BERKUMPULAN POPULAR Dolla
AKTOR FILEM POPULAR Beto Kusyairy
AKTRES FILEM POPULAR Sophia Albarakbah
AKTOR TV POPULAR Meerqeen
AKTRES TV POPULAR Anna Jobling
PENYAMPAI RADIO POPULAR Tyzo
PENGACARA TV POPULAR Elly Mazlein
ARTIS KOMEDI POPULAR Bell Ngasri
Selain 12 anugerah utama, tujuh lagi kategori Ekstra ialah: 
COUPLE TV POPULAR - Meerqeen & Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)
COUPLE FILEM POPULAR - Datuk Aaron Aziz & Nadiya Nisaa (Dekatnya Cinta)
DRAMA POPULAR - Melur Untuk Firdaus
 LAGU PALING BOOM POPULAR - Terus Hidup (Aina Abdul)
CONTENT CREATOR POPULAR - Alieff Irfan
TIKTOKERS POPULAR - Sally Whoo
LAWAK VIRAL POPULAR - Syahmi Sazli, Hasif dan Yoe Parey
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.