,
Hiburan

“Ya Allah Sayunya… Kalau Lah Boleh Tukar Sakit Tu Dekat I” – Sebaknya Luahan Hati Tunang Shazroul

Mya Amri
22/09/2019
06:03 MYT
Luahan hati tunang kepada penyanyi Shazroul Fazlie yang berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan kuman pada usus semalam sungguh menyentuh hati.
Wanita bernama Syaqira Zainal itu berkongsi isi hatinya menerusi entri terbaru di akaun Instagram peribadi miliknya.
“Kalau lah boleh tukar sakit tu dekat I, bagi je dekat I sayang… Banyak sangat dah you tanggung. You tahu I tak boleh tengok you sakit walau sikit pun. I harap you kuat ok. Ramai doa dan sayang kan you. Love you sayang,” luahnya.
Selain itu, menerusi ruangan posting di Insta Story juga, Syaqira turut menyatakan rasa rindu terhadap tunangnya.
“Sayang… I tidur bilik you malam ni. Dekat tilam ini lah I cuci, tukar cadar kencing berak you. I peluk bantak busuk you ni kuat-kuat. Rindu sangat…
“Sumpah I rindu nak jaga you. Ya Allah… Sayunya hati, cepatlah balik sayang,” tulisnya.
BACA: “Pemotongan Usus Dilakukan, Kira-Kira 90 Sentimeter” - Ibu Risau, Shazroul Dirawat Di ICU Akibat Jangkitan Kuman Pada Usus
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya memberikan sokongan moral terhadap Syaqira.
Ramai yang memohon agar Syaqira terus kuat berdepan dengan ujian selain turut mendoakan agar Shazroul kembali sembuh seperti biasa.
Terdahulu, bintang kelahiran program Akademi Fantasia musim keempat ini dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di ICU HKL.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zainal Abidin Harap Penganjur Muzik Festival Peka Soal Agama, Elak Pakaian Menjolok Mata - “Kita Negara Islam..”

gempak
17/08/2024
02:55 MYT
Penyanyi, Datuk Zainal Abidin Menakai penganjuran festival muzik tempatan terbaik bagi merancakkan industri seni hiburan.
Laman Utama

Zainal Abidin Dedah Status Rumah Tangga Dengan Fyna Jebat - “Pergi Makan, Berjumpa Untuk…”

gempak
22/08/2023
04:15 MYT
Akhirnya terjawab status Zainal dengan Fyna.
Laman Utama

Nad Zainal Tegur Peniaga Online, Reka Cerita Untuk Lariskan Perniagaan - “Jaranglah Saya Nak Buka Mulut Canang…”

gempak
06/07/2023
05:55 MYT
Kan Nad dah marah.
Laman Utama

Fyna Jebat Syukur Hubungan Dengan Madu Baik - “Saya Tahu Ramai Yang Mendoakan, Jadi Teruskan…”

gempak
18/03/2023
01:51 MYT
Alhamdulillah...
Laman Utama

“No One Could Ever Compare To You…” - Anak Zainal Abidin Beri Semangat & Sokongan Terhadap Ibu

gempak
26/01/2023
03:55 MYT
Anak-anak beri sokongan kepada ibu...