gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
KELUANG MAN
Fenomena Kini Bermula! Keluang Man Di Mana-Mana - “Nas Memang Sesuai Jadi Borhan, Menyala!”
HIBURAN
Aktres Rugi RM56 Juta Gara-Gara Pelaburan Kripto
BERITA
Amang Seksual: Hukuman Penjara PU Azman Dikurangkan Kepada 12 Tahun
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

“Ya Allah Macam Real, Ngeri” - Babak Jerut Leher Mona Allen Jadi Perhatian, Ramai Puji Lakonan Kelas A

gempak
Mya Amri
27/12/2021
07:40 MYT
Sponsor Banner
“Ya Allah Macam Real, Ngeri” - Babak Jerut Leher Mona Allen Jadi Perhatian, Ramai Puji Lakonan Kelas A
Lakonan Mona Allen dalam satu babak filem terbaharu berjudul Tarantula X mendapat perhatian netizen baru-baru ini.
Babak tersebut merupakan aksi pembunuhan di mana melibatkan Mona dan aktor Adlin Aman Ramli.
Video tersebut jelas merakamkan Mona sedang dijerut Adlin di bahagian leher menggunakan tali yang tebal.
Apa yang menjadi perbualan adalah tahap keberkasan lakonan Mona itu membuatkan babak tersebut seolah-olah real!
Lebih-lebih lagi apabila mendengar suara Mona tersekat-sekat seperti sesak nafas selain wajahnya yang kelihatan menahan sakit.
“Saya hampir mati dijerut @adlinamanramlie! Siapa yang bunuh Shima ni?” tulisnya.
View this post on Instagram
A post shared by Mona Allen? (@mona.allen)
Dalam pada itu menerusi ruangan komen rata-ratanya memuji lakonan Mona dan melabelkannya bertaraf A.
“OMG memang jerut betul ke? Ya Allah terkejut. Harap tak ada watak lain kena nasib sama. Tapi riak wajah memang AAA,” komen @king.hezrey
“Eh scary seh! Ngeri jap, kecut perut,” tulis @yaris_nmy
“Ya Allah… Tak sakit ke? Tengok macam ni pun dah ngeri,” coret @zri_zhariyan_hanafiah
“Lakonan terbaik dah macam real tengok,” puji @synkobain
BACA: “Watak Jahat Memang Sesuai Dengan Muka Dia” - Good Job! Lakonan Padu Mona Allen Dipuji
Saksikan Tarantula X di pawagam rumah anda menerusi Astro First saluran 480.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau boleh juga distrim menerusi Astro Go dan On Demand.
Sinopsis:
Tiga sahabat, dua keluarga, berantakan kerana seorang perempuan penggoda.
Filem ini mengisahkan tentang perempuan mata duitan, Shima (Mona Allen) yang suka menjalin hubungan sulit dengan lelaki kaya termasuk suami rakan-rakannya, Ayu (Vanida Imran) dan Liza (Marissa Yasmin).
Apabila Adam (Namron) iaitu suami Ayu menjadi lumpuh dan berkerusi roda akibat serangan jantung, Shima beralih arah kepada suami Liza, Anas (Adlin Aman Ramlie).
Sebagai sahabat baik kepada Adam dan Anas, Amir yang masih bujang (Rashid Salleh) mendamaikan mereka tetapi gagal.
Tanpa pengetahuan Anas, isterinya cuba menjodohkan Amir dengan Shima. Namun Shima menolak dan menghina Amir.
Modus-operandi Shima adalah mengambil “selfie” bersama pasangannya di atas katil lalu foto-foto tersebut dijadikan senjata untuk peras ugut mereka bagi mendapat wang yang dapat menampung kehidupan mewahnya.
Apabila Anas ingin memutuskan hubungan, Shima mengugut untuk sebarkan gambar dan menuntut RM1 juta, dan itu mencetus kemarahan Anas. Apabila Shima dijumpai mati dibunuh, penyiasatan yang diketuai ASP Anuar bermula.
Sebagai saksi utama, Ain iaitu adik angkat yang tinggal bersama Shima juga tersenarai sebagai suspek pembunuhan termasuk Anas, Ayu, Amir dan Adam.
Setiap mereka mempunyai asas dan sebab untuk melakukan pembunuhan berikut. Teka-teki motif dan suspek dibawa hinggalah ke babak terakhir untuk membongkar misteri pembunuh sebenar Shima.
Topic Berkaitan
#Astro Shaw
#Mona Allen
#Tarantula X
Must-Watch Video