,
Laman Utama

Xpose Tampil Dengan Single Baru, Sekaligus Umum Kakak Hun Haqeem Sebagai...

Asraf Aided
22/06/2021
00:50 MYT
Xpose bukanlah sebuah kumpulan yang baru di dalam industri muzik tanah air.
Mereka pernah popular menerusi single pertama mereka berjudul Sandiwara yang telah dirilis pada tahun 2017 dan meneruskan perjuangan mereka dalam bidang muzik dengan lagu-lagu mereka yang bertajuk Maafkan Ku, Deru dan yang terbaru bertajuk SERU.
SERU merupakan hasil nukilan daripada vokalisnya sendiri iaitu Furhan dan lagu dibuat oleh Eppy yang juga merupakan anggota kumpulan Xpose.
Apa yang istimewanya, Xpose turut memperkenalkan anggota kumpulan terbaharu mereka yang merupakan seorang gadis dikenali sebagai Nureen Qistina.
Nureen dilihat mempunyai potensi yang tinggi untuk menyertai kumpulan Xpose dimana kebolehan dirinya bermain gitar dengan baik.
Penampilan pertama Nureen bersama anggota kumpulan Xpose dapat dilihat menerusi muzik video rasmi SERU yang telah dilancarkan di Youtube sejak bulan April yang lepas.
“Sebenarnya Nureen dah menyertai kumpulan Xpose sejak awal tahun lagi tapi kami sepakat untuk simpan berita ini kerana kami mahu berikan kejutan buat semua penyokong Xpose.
"Bersesuai dengan tajuk single terbaru kami yang bertajuk SERU, kami perkenalkan Nureen. Anggaplah kami bertiga (Furhan, Eppy, Taqim) menyeru Nureen untuk bersama kami”, seloroh Furhan selaku vokalis kumpulan tersebut.
Untuk makluman, Nureen merupakan kakak kepada pelakon yang sedang meningkat naik, Hun Haqeem.
“Saya berharap semua di luar sana menerima saya sebagai gitaris terbaharu kumpulan Xpose dan menyokong semua karya-karya kumpulan Xpose.
"Kami mahu berikan yang terbaik pada masa hadapan untuk anda semua”, katanya.
SERU boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX Music dan Spotify. Dengarkan juga lagu SERU dari kumpulan XPOSE di semua saluran radio tempatan pilihan anda!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nina Ismail Sabri Bakal Nikah Dalam Masa Terdekat? - #GoodByeSingleNina”

gempak
10/09/2024
08:55 MYT
Bekas isteri kepada pereka fesyen Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri mencuri perhatian ramai apabila bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Hiburan

Vibes Galau & Melodi Menyentuh Hati, Lagu Baru One Avenue Band Boleh Buat Pendengar Menangis - "Ia Tentang Pasangan Tak Setia"

gempak
04/09/2024
17:58 MYT
One Avenue Band muncul dengan single baharu berjudul Jangan Pergi.
Hiburan

“Saya Bertuah Kerana Masih Hidup” - Halsey Menangis Jalani Rawatan Hospital

gempak
05/06/2024
15:55 MYT
Penyanyi antarabangsa, Halsey memberi bayangan bahawa dia seakan-akan sedang menghidapi penyakit lupus dan leaukimia.
Hiburan

Kongsi Foto Bersama Meerqeen, Teka-Teki Foto Ala Pre-Wedding Daiyan Trisha Akhirnya Terjawab

gempak
05/06/2024
09:07 MYT
Perkongsian foto memaparkan pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha bersama seorang lelaki dengan tulisan ‘My Home Is In Your Arms” menimbulkan teka-teki orang ramai sebelum ini.
Hiburan

Ailee & Choi Si Hoon Rancang Kahwin

gempak
14/05/2024
14:02 MYT
Penyanyi, Ailee dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya yang juga merupakan bekas peserta Single’s Inferno Musim 1, Choi Si Hoon.