Laman Utama
Wow! 'We Bare Bears : The Movie' Bakal Disiarkan Menerusi Tayangan Perdana Filem Terbesar Cartoon Network Tak Lama lagi!
Berita gembira buat penggemar kartun! Anda harus bersedia untuk menyaksikan tayangan filem perdana yang terbesar dari Cartoon Network yang dijadualkan pada Sabtu, 12 September 2020 jam 11.00 pagi.
Ya! Anda bakal menyaksikan beruang-beruang kegemaran ramai kembali dalam pengembaraan terhebat dalam filem televisyen (telefilem) pertama mereka iaitu We Bare Bears : The Movie.
Telefilem ini dapat disaksikan menerusi debut lintas-platform di Cartoon Network (Saluran 615 HD / 635) serta saluran WarnerMedia yang lain seperti Boomerang, HBO, Warner TV, dan saluran hiburan Korea Oh!K, yang turut menayangkan MONSTA X tahun lalu, serta perkhidmatan penstriman HBO GO dan Cartoon Network Watch & Play.
Hidup menyeronokkan buat trio kesukaan ramai ini namun apabila cinta mereka terhadap trak makanan dan video-video tular tidak terkawal, perkara itu menarik perhatian ancaman Ejen Trout dari Kawalan Hidupan Liar Nasional, yang berjanji untuk mengembalikan "keamanan semula jadi" dengan memisahkan mereka selama-lamanya.
Dihalau keluar dari rumah mereka, Grizz memutuskan untuk berpindah ke Kanada! The Bears memulakan kembara jalanan yang penuh dengan kawan-kawan baru, rintangan berbahaya, dan pesta besar-besaran.
Tetapi yang paling penting, perjalanan berbahaya itu akan memaksa mereka untuk menghadapi pengalaman pertemuan kali pertama mereka dan bagaimana mereka menjadi saudara, agar ikatan keluarga mereka tidak berpisah.
Menjelang pelancaran filem, para peminat juga boleh mendapatkan episod We Bare Bears terbaik dalam tayangan tiga minggu istimewa, 4 petang setiap hari bermula 24 Ogos sehingga 11 September, hanya di Cartoon Network (Saluran Astro 615 HD / 635).
Setiap minggu, anda berpeluang untuk menonton sorotan satu Bear, dengan episod khusus untuk menceritakan tentang kisah unik, asal usul, dan kualiti Bears yang tersayang:
Grizz bermula dari 24 hingga 28 Ogos, bersama dengan episod-episod yang mengingatkan momen-momen paling muzikal dan ‘sporty’ serta obsesi dan cinta mereka terhadap makanan!
Seterusnya, dari 31 Ogos sehingga 4 September pula akan mengenang jalinan Panda terhadap manusia yang dianggap seperti keluarga, pengalaman dirinya menjadi sensasi internet bersama Nom Nom, serta penghormatan khas untuk anime dan K-pop!
Akhir sekali, Ice Bear menggulung semuanya dari 7 hingga 11 September dengan meninjau kembali detik-detik paling bergaya dan teknologikal mereka, dengan mengimbas kembali pelbagai pertemuan antara Bears dengan Pigeon Cartel.
Eric Edelstein, Demetri Martin dan Bobby Moynihan kembali sebagai beruang Grizz, Ice dan Panda yang disayangi ramai dalam We Bare Bears: The Movie.
Filem ini juga menampilkan bintang-bintang seperti Cameron Esposito (sebagai Ranger Dana Tabes), Ellie Kemper (Lucy), Jason Lee (Charlie), Patton Oswalt (Nom Nom), Mel Rodriguez (Darrell Zaragosa), Charlyne Yi (Chloe Park), dan bintang undangan khas seperti Marc Evan Jackson (The Good Place) sebagai Ejen Trout dan Jimmy O. Yang (Silicon Valley) sebagai rakun terkenal internet, Joey Raccoon.
Cartoon Network akan mengadakan #CNWatchParty secara maya buat pertama kali untuk Asia dengan Pesta bertema, Idea dan Aktiviti We Bare Bears.
Tonton pada pukul 11 pagi pada hari Sabtu, 12 September, dengan ulangan pada jam 3 petang dan 7 malam, dan sertai peminat di seluruh Asia dalam pesta menonton We Bare Bears: The Movie yang pertama kali seumpamanya di Cartoon Network. Kongsi reaksi langsung semasa tayangan perdana filem dengan menambahkan tanda pagar #CNWatchParty dan #WeBareBears pada siaran media sosial.
Untuk memasuki suasana pesta, peminat di Malaysia juga boleh memuat turun kit pesta We Bare Bears: The Movie dan menikmati aktiviti menghiburkan lain seperti video, permainan dan kuiz eksklusif menerusi https://cartoonnetworkasia. com/webarebearsthemovie.
Must-Watch Video