,
Laman Utama

Wow! Banyaknya Kebaikan Astro & Broadband! Ini Perkongsian Dato Fazley Yaakob!

Asraf Aided
14/01/2021
09:12 MYT
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkongsi pelbagai kebaikan daripada pakej terbaru Astro & Broadband.
Selaku duta rasmi, Fazley merasakan Astro & Broadband amat bersesuaian untuk digunakan oleh kebanyakan keluarga.
"Saya menerima tawaran menjadi duta Astro & Broadband kerana merasakan pakej ini sesuai untuk banyak keluarga.
"Ketika pandemik COVID-19 ini, orang ramai mengguna lebih data online dan menonton video atau program kesukaan menggunakan internet," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Fazley juga berkongsi tentang manfaat Astro & Broadband terhadap keluarganya sendiri.
"Saya dan anak-anak mempunyai minat yang berbeza, anak sulung saya suka menonton program masakan di Astro, anak kedua pula suka menonton bola sepak di Astro malah, dia juga gembira apabila tahu akan keistimewaan pakej ini kerana dia boleh menonton semua saluran yang disukai.
"Anak ketiga saya suka tengok program kartun, saya dan isteri pula memang suka menonton drama menerusi On Demand, kami bukan sahaja metonton drama Melayu, program Bahasa Inggeris dan drama Korea juga kami tonton," katanya.
Fazley menambah, Astro & Broadband juga memberi manfaat dari segi hubungan kekeluargaan, pembelajaran anak-anak, dan kemudahan membayar bil pada harga yang sangat berpatutan.
"Kita boleh mengeratkan hubungan bersama keluarga tambahan lagi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan sekarang.
"Paling penting, kalau kita tak tonton program di TV, kita boleh menonton di aplikasi Astro Go, dan untuk anak saya yang mengikuti kelas pembelajaran secara online, internet pada kelajuan yang tinggi amat diperlukan.
"Dengan Astro & Broadband juga kita dapat kelebihan dua dalam satu, kita dapat kelebihan Astro hingga 102 saluran dengan harga yang rendah, dan pada masa yang sama, kita dapat menikmati kelajuan internet yang dimahukan.
"Pada pendapat saya, ramai juga orang yang tak ada masa nak tengok banyak bil, boleh jadi masalah juga kalau banyak tempat perlu periksa bil-bil yang ada, jadi saya suka Astro & Broadband ini kerana ia diberikan dalam satu bil, dengan 100 mbps dan 102 saluran Astro dapat ditonton, saya rasa harganya sangat berpatutan," katanya lagi.
Dapatkan internet laju, serendah RM6 sehari dengan Astro & Broadband sekarang! Untuk maklumat lanjut, layari astro.com.my/broadband sekarang!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Pertarungan Sengit 10 Finalis, Elemen Kejutan Jadi Tumpuan… Ini Ramalan Siapa Yang Bakal Bergelar Juara

gempak
15/09/2024
06:55 MYT
Debaran semakin kencang! Pentas akhir Gimme The Mic Malaysia bakal berlangsung malam ini dengan menyaksikan 10 finalis bakal berentap menjadi yang terbaik.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.
Filem

Wajib Tonton! JoZan Buat Comeback Menerusi Baik Punya Ah Long

gempak
11/09/2024
13:35 MYT
Dua tahun lalu raja duo komedi Malaysia, JOZAN iaitu gandingan Zizan Razak dan Johan telah menggegarkan pawagam seluruh tanah air menerusi filem pecah panggung, dan kini mereka kembali menggeletek penonton menerusi filem komedi terbaru, Baik Punya Ah-Long.
Hiburan

Astro Raih 9 Anugerah, Teguhkan Pengaruh Serantau di Anugerah ContentAsia 2024

gempak
06/09/2024
08:25 MYT
Syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, Astro menunjukkan kecemerlangannya dalam industri dengan memperoleh sembilan anugerah berprestij di Anugerah ContentAsia 2024.