,
Hiburan

Wow! 11 Hari Tayangan, BoBoiBoy Movie 2 Raih RM21 Juta!

Kamaruddin Razal
19/08/2019
10:41 MYT
Filem animasi BoBoiBoy Movie 2 (BBBM2) terus meraih sokongan ramai peminat filem tempatan apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM21 juta selepas 11 hari ditayangkan di pawagam.
Berita gembira ini dikongsikan menerusi platform media sosial Astro Shaw sebentar tadi.
"Wow! 11 hari tayangan, BoBoiBoy Movie 2 berjaya mengutip RM21 juta! Syukur #BBBM2 berjaya meraih kutipan mencecah RM21 juta selepas 11 hari tayangan di Malaysia!
"Jutaan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan terhadap filem animasi tempatan. Dapatkan tiket filem BoBoiBoy Movie 2 anda sekarang. Kini di pawagam!" tulis pengendali akaun terbabit.
Sebelum ini, BBBM2 berjaya meraih kutipan mencecah RM15.8 juta selepas lapan hari tayangan.
Difahamkan filem pertama BoBoiBoy terdahulu mengambil masa 56 hari untuk mencapai kutipan RM15.8 juta, berbeza dengan filem kali ini yang memerlukan masa hanya lapan hari sahaja. Hebat!
Jadi, apa tunggu lagi? Kepada anda yang masih belum mendapatkan tiket, serang panggung berdekatan dan dapatkan sekarang!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Pergh! Ada Dragon Ball, Sailor Moon, BoBoiBoy Movie 2 & Ejen Ali The Movie? Cuti Sekolah Confirm Onz Dengan TA-DAA!

gempak
11/09/2021
10:27 MYT
Best lah macam ni!
Hiburan

BoBoiBoy Movie 2 Menang Lagi! Kali Ini Bolot 2 Anugerah Di Laurus Film Festival Bagi Kategori...

gempak
28/06/2020
05:32 MYT
Hiburan

Cayalah! BoBoiBoy Movie 2 Tercalon Di New York Animation Film Awards 2020 Bagi Kategori...

gempak
16/06/2020
07:35 MYT
Hiburan

Filem Sangkar, M For Malaysia & BoBoiBoy Movie 2 Mendominasi Carta Top 10 Pilihan Penonton!

gempak
12/09/2019
03:41 MYT
Nusantara

Tampil Dengan Supervillains Lebih Dahsyat, Ini 7 Tokoh Penting Dalam BoBoiBoy Movie 2!

gempak
09/08/2019
09:28 MYT