,
Laman Utama

“Working In Pain, Hanya Allah Saja Tahu”- Aaron Aziz Terpaksa Tangguh Pembedahan Kerana....

Syafiqah Jalal
19/02/2022
08:29 MYT
Pelakon Datuk Aaron Aziz memaklumkan dia sepatutnya perlu menjalani pembedahan dan bercuti sakit selama dua bulan.
Namun dia terpaksa menangguhkannya kerana banyak urusan kerja yang perlu diselesaikan sebaliknya hanya menelan ubat tahan sakit.
“Selepas 90 minit berada dalam benda ini, MRI (pengimejan resonans magnet), doktor kata saya perlukan pembedahan dan cuti sakit selama dua bulan.
“Tapi tak boleh (bedah) sebab banyak projek yang sedang berjalan sekarang ini. Jadi buat masa ini saya hanya guna ubat untuk hilangkan sakit,” katanya.
Anak kelahiran Singapura itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan, dia memuat naik video saat dirinya dimasukkan di dalam mesin MRI.
Pelakon Adam & Hawa itu mendedahkan kesakitan yang ditanggung selama ini berpunca daripada serangan tumor.
Justeru buat sementara waktu ini dia terpaksa meneruskan kerjanya meskipun dalam keadaan sedang sakit.
“‘Working in pain, hanya Allah tahu apa yang saya rasa. Korang tengok abang senyum sana, ketawa sini tapi korang tak nampak bila hati abang menangis kesakitan," katanya lagi.
Terdahulu, Aaron pernah membuat pendedahan mengalami masalah saraf tersepit pada bahagian lehernya sejak hampir 10 tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Remaja Maut, Doktor Bedah Berpandukan Tutorial Pembedahan Di YouTube

gempak
14/09/2024
07:25 MYT
Doktor dikenali sebagai Ajit Kumar Puri itu didakwa menggunakan tutorial melakukan prosedur membuang batu hempedu di YouTube ketika insiden pada minggu lalu.
Viral

Cari Duit Lebih, Lelaki Menyamar Doktor 20 Tahun Ditangkap

gempak
09/09/2024
15:55 MYT
Seorang lelaki berjaya menyamar selama 20 tahun sebagai seorang doktor hanya dengan pengetahuan yang diperoleh sebagai pemegang ijazah dan sewaktu melakukan latihan perubatan semasa bergelar tentera laut.
Viral

Diabai Ketika Sakit, Suami Tikam Isteri Hingga Mati

gempak
09/09/2024
05:55 MYT
Seorang lelaki ditahan polis Jakarta Selatan selepas dipercayai membunuh isterinya menggunakan sebilah pisau dalam kejadian yang berlaku di Jalan Sepat, Kecamatan Pasar Minggu pada 4 September.
Hiburan

Tak Berani Buat Pembedahan Plastik, Yuni Shara Tegangkan Kulit Leher

gempak
08/09/2024
13:45 MYT
Melihat kepada wajah awet mudanya meski sudah berusia 52 tahun, ramai yang menyangka penyanyi Yuni Shara melakukan pembedahan plastik.
Viral

Nafas Busuk, Doktor Jumpa Lipas Dalam Tekak Lelaki

gempak
07/09/2024
03:55 MYT
Seorang lelaki berusia 58 tahun di Haikou, wilayah Hainan tidak menyangka nafasnya berbau sangat busuk berpunca daripada seekor lipas yang mati di dalam tenggoroknya, lapor portal berita Oddiy Central kelmarin.