,
Laman Utama

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat

Amri Hassan
06/11/2023
12:08 MYT
Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya.

BERITA TRENDING: Awie Cabar Nabil Pinjam RM100 Dekat Tok Ram, Netizen Komen - “Amacam Haji, On Tak On?”

Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa!
‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu, tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu.
‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak sebagai Rakan Strategik bakal ‘meluaskan’ kuasa jajahan takluknya di Stadium Malawati Shah Alam pada 16 Disember ini.
Pastinya dimensi berbeza dari pada konsert-konsert sebelum ini bakal diterjemahkan menerusi nada, melodi, aksi dan energi Wings itu sendiri.
Berpaksikan peminat adalah segala-galanya, maka ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ menawarkan harga ‘mampu’ buat mereka yang selama ini mengangkat Wings sebagai sebuah ‘jenama’.

PILIHAN PEMBACA: “Saya Lupakan Cerita Yang Belakang Tu”- Kembali Berbaik, Amy Search Rancang Sesuatu Dengan...

Diskaun 10%

Lebih menarik ini adalah antara konsert Wings yang memberikan harga tiket yang rendah berbanding siri konsert sebelumnya.
Bukan hanya penawaran tiket harga ‘rahmah’ tetapi turut memberi peluang kepada ibu bapa membawa anak-anak mereka yang berusia 7 tahun keatas (dengan tiket), diskaun 10% bagi pemegang kad OKU dan pemegang kad pelajar untuk bersama-sama menikmati wirama ‘Belenggu Irama’ hingga ‘Menakluk Kosmos’ yang menjadi terapi jiwa khalayak sejak dahulu hingga kini.
Mungkin dianggap ‘berat’, tetapi percaya pada maksud fatamorgana yang diimplimentasikan dengan unsur teaterikal dan elemen pementasan, permainan cahaya, paparan video, kostum menarik dan perjalanan sesebuah kisah yang disenyawakan dengan lagu yang bakal disajikan.
Inilah keistimewaan ‘Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dimana mereka tidak mahu menghidangkan konsep yang sama yang kerap diulang-ulang dalam sesebuah konsert yang mereka anjurkan, apatahlagi dilihat ‘vakum’ dengan resepi lama.

BERITA TRENDING: Eddie Wings Buat Show Di NUSA FEST Sehari Isteri Meninggal Dunia, Awie Dedah Arwah Isteri Minta...

Konsert ini disokong oleh Sinar FM(Radio Rasmi), ERA FM dan Gegar FM (Support Radio Official), Astro Gempak sebagai rakan rasmi digital media serta dengan kerjasama True Pixel dan Sayap-Sayap Wings.
Peminat yang ingin berkongsi frasa dasawarsa ‘Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ boleh mendapatkan tiket konsert yang berharga RM95 - CAT 5 Free seating, RM135 - CAT 4 Free seating, RM175 - CAT 3 Free seating, RM155 - CAT 2 Free seating, RM205 - CAT 1 Free seating
RM125 - Rockzone Free standing, RM355 - Rock Gold numbered seat, RM335 - Rock Silver numbered seat, RM455 - Rock Emperor numbered seat. Pembelian boleh di buat dengan melayari https://wings.ubertickets.asia.
* Golongan OKU tidak dilupakan, pemegang-pemegang kad OKU layak membeli tiket dengan harga istimewa bagi kategori Rock Gold dan Rockzone sahaja (1 kad OKU 1 tiket) via https://wings.ubertickets.asia
** Harga pelajar juga ditawarkan atas permintaan ramai! Pemegang-pemegang kad pelajar IPT seluruh Malaysia yang masih aktif bakal menikmati 10% diskaun bagi pembelian tiket Rockzone sahaja, via https://wings.ubertickets.asia
** Pakej korporat bagi pembelian secara pukal turut ditawarkan, sila whatsapp 0192888092 untuk keterangan lanjut
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.
Hiburan

Alan Walker Tunaikan Janji, Gegarkan KL Base 8 Nov Ini

gempak
14/09/2024
04:55 MYT
Menurut Alan, keputusan untuk membatalkan konsertnya sebelum ini adalah disebabkan faktor keselamatan dan juga isu penyalahurusan.