,
Laman Utama

“Welcome in Kortrijk” - Luqman Hakim Sarung Jersi Nombor 9, Netizen Bangga!

Azwa Rahman
14/08/2020
09:52 MYT
Penyerang muda negara Luqman Hakim Shamsudin telah tiba di Brussels bagi menyarung jersi kelab Liga Pro Belgium, KV Kortrijk.
Menerusi laman sosial Twitter, kelab terkenal di Belgium itu telah memuat naik dua keping foto Luqman bersama jersi nombor 9 miliknya.
“Welcome in Kortrijk, Luqman!” tulis pengendali akaun tersebut.
?⚪ #WelcomeLuqman pic.twitter.com/8MZ95Ni1rL— KV Kortrijk (@kvkofficieel) August 13, 2020 Anak kelahiran Kelantan yang berusia 18 tahun ini tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brussels, Belgium semalam dan disambut oleh Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia ke Belgium, Prisheela Prakas.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya cukup berbangga dan memberikan kata-kata semangat untuk Luqman menunjukkan prestasi terbaik.
“Keraskan hati brother. Persetankan semua suara-suara kecik dalam hati kau dan dari org luar yang cuba buat kau patah semangat,” komen seorang wargamaya.
“Baru masuk dapat nombor 9, wow star in the making!” kata seorang wargamaya.
“Pencapaian ini mungkin pencapaian peribadimu, tapi kami rakyat tak terbilang rasa syukur ada anak muda Malaysia!” puji seorang wargamaya.
“Luqman, kalau rindu nasi lemak ke kuih muih ke pegi je London ok. Dekat je flight sejam banding balik Malaysia,” usik seorang wargamaya.
“Gunakan peluang keemasan ini untuk lebih berjaya dan harumkan nama Malaysia Luqman, you can do it, make us proud,” sokong seorang wargamaya lagi.
Minggu lalu, Luqman secara rasmi telah menandatangani kontrak selama lima tahun dengan KV Kortrijk yang dimiliki oleh ahli perniagaan terkemuka Malaysia, Tan Sri Vincent Tan
Luqman akan menjalani 14 hari proses kuarantin di Belgium terlebih dahulu sebelum menjalani latihan bersama skuad B-21 kelab itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Pestabola Merdeka: Malaysia Juara, Akhiri Badi 14 Tahun

gempak
08/09/2024
15:59 MYT
MALAYSIA muncul juara Pestabola Merdeka 2024 setelah mengejutkan pasukan di ranking ke-116 dunia, Lubnan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.
Hiburan

“Mati Nanti Pun Berbintikan Nama Mak, Ini Fakta!” - Rita Rudaini

gempak
03/09/2024
06:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini tetap memberi sokongan kepada anak-anak dalam apa jua keadaan.
Sukan

Skuad Bola Sepak Palestin Training Di Kuala Lumpur - "Malaysia Ibarat Rumah Pertama Kami"

gempak
28/08/2024
09:25 MYT
Skuad bola sepak Palestin mengakui gembira dapat menjalani latihan serta mengharungi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia menentang Jordan di Malaysia.
Viral

Arif Aiman Ziarah Faisal Halim, Peminat Respek  - “Diluar Padang Mestilah Bersahabat”

gempak
28/08/2024
00:28 MYT
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi meluangkan masa menziarahi tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim, baru-baru ini.
Sukan

SINARENA 2024: Perlawanan Epik Sinar & Astro Arena Vs Pemain Legenda Sultan Selangor

gempak
26/08/2024
18:25 MYT
SINAR, dalam kerjasama dengan Astro Arena, telah berjaya menganjurkan acara Pesta Bola SINARENA 2024 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.