,
Laman Utama

The Weeknd Akhirnya Tak Mahu Ambil Peduli Tentang Anugerah Grammy

Asraf Aided
29/01/2021
13:40 MYT
Seperti diketahui peminat, penyanyi popular Hollywood, The Weeknd tidak tercalon dalam Anugerah Grammy ke-63 tahun ini.
Dalam satu kenyataan baru-baru ini, The Weeknd tidak menolak andaian jika ada yang mengatakan pengendalian anugerah berprestij itu mempunyai unsur perkauman atau rasis.
Malah, penyanyi lagu Blinding Lights ini juga menegaskan bahawa hanya ada 10 penyanyi berkulit gelap yang memenangi kategori Album of the Year sepanjang lebih 60 tahun anugerah itu diadakan.
"Saya tak mahu cakap tentang saya, tapi perkara itu adalah satu kenyataan," katanya dalam sebuah temu bual bersama Billboard.
Dalam pada itu, The Weeknd juga tidak mahu lagi mengambil tahu tentang anugerah tersebut.
"Secara peribadinya, saya sudah tak kisah lagi, saya memiliki tiga trofi Grammy tetapi ia sudah tidak bermakna lagi untuk saya sekarang," katanya.
Terdahulu, Billie Eilish melakar kejayaan besar dalam Anugerah Grammy ke-62 pada Januari 2020 dengan memenangi lima kategori.
Kejayaan itu diraih menerusi album sulungnya, When We Fall Asleep, Where Do We Go? yang mula dipasarkan sejak 2019.
Sumber : Celebrity Insider Kredit Foto : Billboard
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

The Weeknd Derma RM117 Juta Untuk Gaza

gempak
03/12/2023
04:43 MYT
Ia mampu membantu lebih 173,000 warga Palestin untuk tempoh dua minggu.
Laman Utama

The Weeknd Tukar Nama, Mahu Dikenali Sebagai Abel Makkonen Tesfaye

gempak
16/05/2023
13:50 MYT
The Weeknd kini mahu dikenali sebagai Abel Makkonen Tesfaye
Laman Utama

Ada 100 Juta Pendengar Secara Strim, The Weeknd Dinobatkan Artis Paling Popular Dunia

gempak
22/03/2023
13:21 MYT
Power The Weeknd ni.
Laman Utama

Baru Nyanyi, The Weeknd Hentikan Konsert Yang Dihadiri 70,000 Peminat

gempak
06/09/2022
14:40 MYT
Penyanyi The Weeknd menghentikan nyanyian pada malam kedua dalam rangka konsertnya, After Hours Til Dawn, di SoFi Stadium, Los Angeles pada hujung minggu lalu.
Laman Utama

Cinta Berputik? Betul Ke The Weeknd Bagi Hint Tentang Angelina Jolie Dalam…

gempak
09/01/2022
11:06 MYT
Sebelum ini, spekulasi telahpun tersebar mengenai kemungkinan dua bintang popular Hollywood, The Weeknd dan Angelina Jolie menjalin cinta.