HIBURAN
Wawa Zainal ‘Koyak’ Netizen Lempar Kata Kesat Kepada Anaknya - “Ada Yang Cakap Kek Batik Anak Saya Rasa Macam…”
Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal meluahkan rasa tertekan dan sedih apabila perniagaan kek batik anaknya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa menerima pelbagai kecaman dan kritikan tidak wajar daripada segelintir netizen di media sosial.
Menurut Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 34, walaupun sudah terbiasa menerima kritikan negatif daripada netizen namun, kali ini emosinya terganggu apabila anaknya turut menjadi sasaran.
“Sebenarnya saya tak pernah ‘koyak’ bila orang kutuk perniagaan saya, tapi bila orang kutuk perniagaan kek batik anak saya, saya agak koyak.
“Saya terus bagitahu suami saya, Ariel (Aeril Zafrel) yang saya rasa sedikit gemuruh dan marah sebab iyalah komen orang kadang-kadang mengundang,” katanya kepada Gempak.
Wawa berkata demikian ketika menghadiri tayangan perdana filem Jumbo yang berlangsung di GSC Starling Mall, Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tambahnya lagi, dia tidak berkecil hati jika ada yang memberi ulasan jujur mengenai rasa kek batik yang dijual.
Namun, ada segelintir komen yang menyentuh fizikal anaknya dan menggunakan bahasa kesat benar-benar membuatkan dirinya terkilan.
“Saya tak marah kalau orang bagi ‘rating’ atau ulasan jujur. Tapi bila ada yang cakap kek batik anak saya ni rasa macam ‘babi’ dan kaitkan dengan fizikal anak saya, itu sangat keterlaluan.
“Dengan budak pun mereka nak lempar kata-kata seperti itu. Sebagai ibu, saya rasa sangat sedih,” luahnya.
Pada masa sama, suami kepada Wawa Zainal iaitu Ariel Zafrel turut berkongsi dia juga memberi nasihat kepada anaknya mengenai realiti dunia perniagaan yang tidak selalunya indah.
“Saya ada cakap dengan anak saya, dunia perniagaan ini keras sikit. Bukan semua orang akan suka kita. Yang suka itu ada, tapi yang tak suka tu kadang-kadang hanya tunggu peluang untuk jatuhkan kita.
“Saya faham lidah orang tak sama. Tapi yang tak okay tu bila orang yang komen itu sebenarnya tak pernah pun beli kek tu. Mereka ajak orang lain benci dan keluarkan kata-kata tak sepatutnya,” jelasnya.
Aeril turut menyifatkan situasi tersebut sebagai satu bentuk buli siber dan berharap ia tidak berpanjangan serta membuka mata orang ramai tentang pentingnya adab ketika menegur.
“Buli bukan berlaku di sekolah saja, dekat media sosial pun ada. Kita tak minta disanjung, kami pun baru saja mula berniaga kek batik ni. Jual pun tak banyak sebab masih dalam fasa mencuba.
“Apa juga kritikan yang kami terima, kami akan perbaiki. Tapi biarlah teguran itu beradab, bukan menyakitkan,” tegasnya.
Terdahulu, Wawa Zainal meluahkan rasa sedih apabila anaknya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa menerima komen negatif daripada pembeli kek batik yang dijualnya.
BERITA BERKAITAN: Wawa Zainal Sedih Anak Menangis Kek Batik Dikritik - “Saya Sanggup Tebalkan Muka…”
BERITA BERKAITAN: Guna Nama Isteri Untuk ‘Scam’ Mangsa, Aeril Zafrel Minta Netizen Berhati-Hati - “Tak Adanya Senang-Senang Nak…”
BERITA BERKAITAN: Aeril Zafrel Bimbang Keluarga Terkena Penyakit Ain - “Saya Tanya Sebab Lepas Hayla Dan Wawa…”
BERITA BERKAITAN: Lepas Pulih Daripada Gastrik, Wawa Zainal Risau Lihat Anak Pula Sesak Nafas - “Saya Tak Pasti Adakah Ini…”
Must-Watch Video